22: Hargailah Alam

22 Hargailah Alam
 
Definisi Alam Sekitar
Ialah semua sumber alam ciptaan Allah SWT seperti sungai, lautan, tumbuh-tumbuhan, udara dan sebagainya.
 
Adab Terhadap Alam Sekitar
  • Mengawal aktiviti pelepasan asap daripada kilang atau kenderaan yang mengandungi bahan kimia berbahaya, seperti menggunakan alat kawalan pencemaran udara.
  • Menguruskan aktiviti pembuangan sampah, sisa toksik dan pepejal secara sistematik dan terkawal seperti pungutan sampah dan sisa bahan kimia secara berkala.
  • Mengawal aktiviti penebangan pokok supaya dilakukan secara terancang dan terkawal.
 
Kepentingan Adab Terhadap Alam Sekitar
  • Dapat menikmati udara segar.
  • Menjamin kesejahteraan dan kesihatan.
  • Keseimbangan alam terpelihara.
  • Meningkatkan sumber pendapatan.
  • Habitat flora dan fauna kekal terpelihara.
 
Gambar ini menunjukkan diagram yang menggambarkan akibat mengabaikan adab terhadap alam sekitar. Di tengah-tengah diagram, terdapat kotak berwarna biru gelap dengan teks ‘AKIBAT MENGABAIKAN ADAB TERHADAP ALAM SEKITAR’. Diagram ini mempunyai enam kotak berwarna biru muda yang mengelilingi kotak tengah, masing-masing dengan teks berikut: ‘Hakisan tanah’, ‘Pendapatan penduduk terjejas’, ‘Kepupusan habitat dan hidupan’, ‘Pencemaran air’, ‘Pencemaran udara’, dan ‘Ketidakstabilan alam’. Di sudut kanan bawah, terdapat logo ‘Pandai’.
 
Dalil

....... وَلَا تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَـٰحِهَا

(Surah Al-A'raf 56:7)

Maksudnya: Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya.

Rumusan
  • Adab terhadap alam sekitar perlu diamalkan supaya kelestarian alam terus terpelihara.
  • Oleh itu, setiap insan bertanggungjawab untuk memelihara alam yang amat berharga.