20: Rehlah Merehatkan Minda

 
20  Rehlah Merehatkan Minda
Maksud Rehlah
 
Pergi melawat atau berkunjung ke sesuatu tempat seperti melancong, mengembara, meenjelajah atau berkhemah.
 
 

Adab Sebelum Rehlah:

  1. Berniat kerana Allah agar perjalanan menjadi ibadah.
  2. Memulakan perjalanan rehlah dengan menunaikan solat sunat musafir dan berdoa.
  3. Memilih tempat yang bersesuaian dan tiada unsur larangan Allah.
  4. Mendapatkan keizinan ibu bapa.

Adab Semasa Rehlah:

  1. Menutup aurat dengan sempurna supaya maruah terpelihara.
  2. Menjaga mata, telinga, dan fikiran dengan mengagungkan keindahan ciptaan Allah.
  3. Sentiasa menjaga waktu-waktu solat.

Adab Selepas Rehlah:

  1. Sentiasa mengingati dan memuji keagungan ciptaan Allah.
 

Kelebihan Beradab Semasa Rehlah:

  1. Dapat menenangkan fikiran.
  2. Dapat mengenali budaya tempatan.
  3. Dapat merangsang minda 
  4. Dapat menambah pengalaman
  5. Dapat meningkatkan iman di jiwa.
  6. Dapat mempertahankan maruah diri.
 

Rumusan:

  • Rehlah amat digalakkan dalam Islam kerana kita dapat meneroka alam ciptaan Allah dan mengagungkan kebenarannya.