Inersia

 
2.4

 Inersia

 
  Inersia  
 

bermaksud sifat sesuatu jasad yang menentang perubahan kepada keadaan asal.

 
     
  Hukum gerakan Newton pertama  
 
  • mengatakan sesuatu objek yang bergerak akan terus bergerak dengan halaju seragam pada satu garis lurus, kecuali ditindakkan oleh satu daya luar.
 
 
  • Lebih besar jisim, lebih besar inersia sesuatu objek.
 
     
 
Contoh inersia

melambung ke hadapan apabila berlanggar dengan sesuatu dengan laju

syiling jatuh ke dalam gelas apabila kertas ditolak dengan pantas

barangan pada kedudukan asal apabila lapik meja ditarik dengan pantas

sos akan keluar apabila kita memberhentikan botol yang sedang bergerak secara tiba-tiba

pergerakan orang di dalam bas apabila sedang memecut atau membrek

pergerakan gajah lebih perlahan apabila ia bergerak secara zig-zag

 

Aplikasi konsep inersia

  • Ketuk pemegang tukul kebawah kepada permukaan keras untuk mengetatkan kepala tukul ke dalam pemegang kayunya.

     
  • Goncang dahan pokok epal untuk mendapatkan buah epal jatuh ke atas tanah.

     
  • Kucing dan anjing mengoncangkan badannya dengan kuat untuk mengeringkan bulunya
 

Cara mengurangkan kesan negatif inersia

  • Menggunakan tali pinggang keledar untuk mengelakkan penumpang melambung ke hadapan kerana inersia

     
  • Menggunakan beg udara keselamatan untuk mengelakkan pemandu daripada terhantuk stereng

     
  • Mengikat dengan ketat barang di atas lori supaya ia menjadi sebahagian daripada pengangkutnya

     
  • Struktur besi kuat di antara kabin pemandu dan muatan menjamin keselamatan pemandu. (lori dengan muatan berat)