Tumbuh-tumbuhan Semua Jadi di Malaysia

04 tTumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
Taburan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
  • Hutan Hujan Tropika di Banjaran Titiwangsa
  • Hutan Pantai di Dungun (Terengganu)
  • Hutan Paya Air Masin di Laut Matang (Perak)
  • Hutan Paya Air Tawar di Tasik Bera (Pahang)
  • Hutan Gunung di Taman Negara Gunung Mulu (Sarawak)
  • Hutan Pantai di Pulau Sipadan (Sabah)
Jenis Tumbuh-tumbuhan di Malaysia

Hutan Hujan Tropika

  • Pokok-pokok di hutan ini kelihatan berlapis-lapis dan malar hijau
  • Daun pokok bersaiz lebar, pokok yang tinggi dan dahan yang tersebar
  • Hujung daun berbentuk tirus untuk membolehkan air hujan mengalir turun dengan mudah dan cepat
  • Terdiri daripada empat lapisan:
Lapisan Keterangan
Lantai hutan

Ketinggian pokok kurang daripada 10 meter

Tumbuh-tumbuhan jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari

Dilitupi oleh daun kering dan dahan reput

Terdapat tumbuh-tumbuhan saprofit yang hidup memakan bahan reput

Tengah

Ketinggian pokok di antara 10 hingga 20 meter

Pokok-pokok kecil

Terdapat tumbuh-tumbuhan epifit yang menumpang di atas pokok lain

Terdapat juga tumbuh-tumbuhan parasit yang memanjat pokok lain untuk mendapatkan air, garam dan mineral dari pokok tersebut

Kanopi (silara)

Ketinggian pokok di antara 20 hingga 40 meter

Lapisan pelindung cahaya matahari daripada menembusi lantai hutan

Renjong (emergen)

Ketinggian pokok di antara 40 hingga 50 meter

Pokok berkayu keras dan tumbuh rapat-rapat

Batang lurus dan tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari

 

Hutan Pantai

  • Hutan Pantai tumbuh di kawasan pantai yang berpasir Jenis-jenis pokok yang terdapat di kawasan ini adalah seperti pokok ru, tapak kuda, pokok renek, mengkuang, jemerlang laut, bintangor laut, kelat jambu laut dan pokok kelapa
  • Pokok-pokok yang terdapat di sepanjang pantai mempunyai ketinggian yang berbeza-beza
  • Pokok ru tumbuh tinggi sehingga 40 meter, mempunyai batang yang lurus, tinggi dan berbentuk silinder
  • Tumbuh-tumbuhan menjalar seperti tapak kuda sesuai hidup di pantai yang berpasir Profil hutan pantai di bawah menunjukkan perbezaan tumbuh-tumbuhan semula jadi mengikut jarak dari laut

Hutan Paya Air Tawar

  • Terdapat di kawasan bersaliran buruk yang sering ditenggelami air, khususnya air sungai dan tasik Antara jenis pokok yang tumbuh di hutan ini ialah mengkuang, mersawa paya, meranti paya dan kempas
  • Terdapat juga pokok-pokok jenis berkayu keras dan batangnya besar, lurus dan tinggi yang tumbuh secara bercampur aduk, rapat-rapat dan tidak mempunyai dahan di bahagian bawahnya
  • Terdapat empat jenis akar yang boleh didapati di hutan ini iaitu:
    • Akar udara dan akar pneumatofor: membantu menyerap oksigen (contoh pokok berakar udara: bintagor laut, contoh pokok berakar pneumatofor: perupuk)
    • Akar banir dan akar jangkang: menyokong pokok daripada mudah tumbang di kawasan yang menakung air (contoh pokok berakar banir: meranti paya, contoh pokok berakar jangkang: kekat dan merbulan)
  • Terdiri daripada tiga lapisan:
Lapisan Keterangan
Pokok renek

Tumbuh-tumbuhan adalah jarang kerana kurang cahaya matahari

Lantai hutan dibanjiri air pada musim hujan

Tengah Pokok bersaiz kecil dan sederhana
Kanopi (silara)

Pokok berkayu keras dan tinggi

Membentuk kanopi yang tidak sejajar

 

Hutan Paya Air Masin

  • Hutan ini banyak terdapat di kawasan pinggir laut yang bersaliran buruk, berlumpur dan terlindung tetapi ditenggelami air laut semasa air pasang
  • Ditumbuhi pokok bakau, nipah, lenggadai, tumu merah, paku pakis, gelam, ramin, jongkong dan nibung Tumbuh-tumbuhan berbeza mengikut jarak dari laut
  • Terdapat dua jenis akar yang boleh didapati di hutan ini:
    • Akar ceracak: berfungsi untuk pernafasan dan keluar menegak dari tanah lumpur (contoh pokok: bakau api-api dan perepat)
    • Akar jangkang: menyokong pokok daripada tumbang, menyerap udara ketika air pasang dan masuk ke dalam lumpur (contoh pokok: bakau kurap dan bakau minyak)

Hutan Gunung

  • Terdapat di kawasan tanah tinggi yang melebihi 1 200 m dari aras laut
  • Jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi adalah berbeza mengikut ketinggian
  • Tumbuh-tumbuhan akan mengadaptasikan dengan suhu dan kesuburan tanih
  • Terdiri daripada empat lapisan:
Lapisan hutan Keterangan
Hutan montane bawah

Ketinggian: 1 200-1 800 m

Dikenali sebagai Hutan Daun Luruh

Ketinggian pokok di antara 15 meter hingga 33 meter

Jenis tumbuhan: pokok oak, laurel, tumbuhan epifit seperti orkid dan paku langsuyar

Hutan montane atas

Ketinggian: 1 800 m-2 900 m

Terdapat pokok-pokok daun tirus dan kebanyakan pokok adalah rendah

Ketinggian pokok di antara 1.5 meter hingga18 meter

Hanya terdapat satu lapisan hutan sahaja

Lantai hutan yang lembap dan ditumbuhi lumut

Jenis tumbuhan: pain, sprus, gelam gunung, tumbuh-tumbuhan epifit seperti liken dan lumut, bunga rafflesia, periuk kera dan pokok rhododendron

Tumbuhan hampir alpain

Ketinggian: 2 900-3 500 m

Terdapat hutan campur jenis pokok bantut dan rumput

Jenis tumbuhan: pokok renek konifer, rumput jenis Low's Buttercup, Bornean eyebright, red sanicle dan periuk kera

Tumbuhan alpain

Ketinggian: melebihi 3 500 m

Terdapat tumbuhan renek dan lumut

Jenis tumbuhan: orkid dan lumut

 
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia

Bentuk muka bumi

Tanah pamah dan kaki bukit

  • Hutan Hujan Tropika tumbuh di kawasan tanah pamah dan kaki bukit yang bersaliran baik
  • Terdiri daripada pokok yang tinggi dan bersaiz besar
  • Kawasan yang berada di bawah 180 meter dari aras laut Akar banir berfungsi untuk menyokong pokok daripada tumbang

Muara sungai, pinggir tasik dan pinggir laut

  • Kawasan berpasir dan berlumpur ditumbuhi Hutan Pantai
  • Kawasan pinggir laut yang terlindung dan muara sungai berlumpur ditumbuhi Hutan Paya Air Masin
  • Tanah pamah yang sering ditenggelami air ditumbuhi oleh Hutan Paya Air Tawar

Tanah tinggi melebihi 1 200 meter dari aras laut

  • Tumbuhan-tumbuhan pada ketinggian 1 200 meter terdiri daripada pokok yang bersaiz kecil
  • Pada ketinggian 1 800 meter hingga 2 900 meter pula terdapat pertumbuhan lumut dan pokok tumpang seperti orkid serta pokok-pokok bantut

Saliran

  • Terdiri daripada dua jenis saliran iaitu bersaliran baik dan bersaliran buruk
  • Lokasi bersaliran baik: Pulau Sipadan (Sabah), Desaru (Johor) dan Air Terjun Lasir (Terengganu)
  • Jenis pokok yang tumbuh di kawasan bersaliran baik:
    • pokok cengal, tualang, kelapa dan ru
  • Lokasi bersaliran buruk: Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang) serta Delta Labuk-Sugut (Sabah)
  • Jenis pokok yang tumbuh di kawasan bersaliran buruk:
    • pokok mengkuang, mersawa paya, meranti paya, kempas, nipah dan nibong

Iklim

  • Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun Purata suhu, iaitu 27°C dan menerima hujan yang banyak kira-kira 2 600 mm setahun
  • Purata suhu yang tinggi serta penerimaan cahaya matahari dan jumlah hujan yang banyak menggalakkan pertumbuhan Hutan Hujan Tropika
  • Suhu di kawasan tanah tinggi berbeza dari kawasan tanah pama
  • Suhu kira-kira 18°C di kawasan tanah tinggi menggalakkan pertumbuhan Hutan Gunung seperti yang terdapat di Gunung Kinabalu

Tanih

  • Setiap jenis tanih sesuai untuk tumbuh-tumbuhan semula jadi yang tertentu
Jenis tanih Keterangan
Aluvium dan laterit

Terdapat di kawasan Hutan Hujan Tropika

Lokasi: Kaki Banjaran Titiwangsa (Perak) dan Banjaran Tahan (Pahang)

Jenis pokok: Cengal, meranti, tualang

Gambut dan aluvium

(i) Terdapat di kawasan Hutan Paya Air Masin

Lokasi: Laut Matang (Perak), Muara Sungai Perak dan Tanjung Piai (Johor)

Jenis pokok: pokok bakau, bakau jongkong, bakau api-api

(ii) Terdapat di kawasan Hutan Paya Air Tawar

Lokasi: Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang) serta Delta Rajang (Sarawak)

Jenis pokok: Nipah, mengkuang, terap

Berpasir

Terdapat di kawasan Hutan Pantai

Lokasi: Pantai Irama (Kelantan) dan Pantai Tanjung Rhu (Langkawi)

Jenis pokok: Tapak kuda, pokok ru, pokok kelapa

Laterit

Terdapat di kawasan Hutan Gunung

Lokasi: Gunung Kinabalu (Sabah) dan Gunung Jerai (Kedah)

Jenis pokok: oak, laurel, paku pakis

 
Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia

Sumber perubatan

  • Tumbuhan-tumbuhan yang terdapat di hutan kebanyakannya boleh digunakan dalam bidang perubatan
  • Akar, kulit, daun, ranting dan buah daripada pelbagai spesies tumbuhan dijadikan sebagai ubat
  • Contoh:
    • Tongkat ali (akar), sembong (daun, akar, bunga), senduduk (daun, pucuk dan akar), pegaga (keseluruhan pokok) dan keremek (daun)

Habitat

  • Hutan bertindak sebagai habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna
  • Hutan di Malaysia menjadi tempat perlindungan dan sumber makanan bagi hidupan liar Haiwan juga memilih tempat tinggal berlainan untuk keselamatan, keperluan sumber makanan dan kesesuaian diri
  • Sekiranya tumbuh-tumbuhan musnah, pelbagai spesies flora dan fauna akan kehilangan habitat dan sumber makanan
  • Contoh lokasi: Taman Negara Endau-Rompin (Johor) dan Lembah Danum (Sabah)

Keseimbangan ekosistem

  • Konsep ekosistem adalah saling bergantung antara komponan biotik dengan komponen abiotik dalam alam sekitar:
    • Biotik meliputi organisma hidup seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia
    • Abiotik mengandungi persekitaran fizikal seperti bentuk muka bumi, batuan, tanih, air, udara, mineral dan sumber tenaga suria
  • Kawasan hutan merupakan satu ekosistem dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi sebagai salah satu komponen biotik utama
  • Tumbuh-tumbuhan saling berinteraksi dengan unsur-unsur lain dalam komponen biotik dan abiotik bagi mewujudkan satu persekitaran yang seimbang
  • Contoh lokasi: Taman Negara Bako (Sarawak) dan Taman Negara Pahang

Sumber bahan mentah

  • Hutan adalah penting sebagai bahan mentah untuk membekalkan sumber kayu balak dalam industri membuat perabot
  • Buluh dan rotan digunakan dalam industri pembuatan kraf tangan dan perabot
  • Kayu bakau pula dijadikan sebagai bahan api dan bahan binaan, iaitu cerucuk untuk tapak pembinaan kerana sifatnya yang tahan air
  • Hutan di Malaysia mempunyai pelbagai pokok yang sesuai untuk pembalakan seperti cengal, balau dan keruing
  • Hasil eksport kayu balak telah memberikan sumber pendapatan kepada negara Kayu balak Malaysia dieksport ke India, Indonesia, Vietnam, Jepun, China dan lain-lain

Kawasan tadahan hujan

  • Hutan bertindak sebagai span berongga yang menyerap air serta mengalirkan air ke sungai, empangan, kolam dan tasik
  • Hutan di kawasan tanah tinggi penting sebagai kawasan tadahan hujan
  • Air yang diserap ke dalam tanah ditapis secara semula jadi dan menjadi air yang bersih Contoh lokasi: Banjaran Kapuas Hulu (Sarawak) dan Taman Negeri Royal Belum (Perak)
 
Kesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula jadi di Malaysia
 
Kesan positif Kesan negatif

Pembangunan hutan

Program Penubuhan Ladang Hutan (PPLH) telah dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan tekanan ke atas hutan asli sebagai sumber bahan mentah dan untuk memastikan ketersediaan berterusan bagi industri kayu tempatan pada tahun 2006.

Bagi meningkatkan kadar penanaman semula hutan, semua pihak diarahkan mengkaji spesies pokok yang hendak ditanam serta penjagaan pokok-pokok yang telah ditanam.

Dalam program berkenaan, spesies yang disenaraikan ialah jati, sentang, getah, khaya, akasia, batai, kelempayan dan binuang. Namun, tumpuan diberikan kepada pokok getah dan pokok akasia.

Penghutan semula

Agensi seperti Jabatan Perhutanan, Institusi Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah mengambil langkah untuk memulihara hutan. Antaranya adalah dengan menanam pokok yang bermutu dan tahan daripada serangan penyakit di kawasan hutan yang telah ditebang.

FRIM juga telah menjalankan aktiviti penghutanan semula di Hutan Lipur Bukit Lagong, Kepong (Kuala Lumpur) dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai hutan rekreasi yang terkenal sehingga diiktiraf sebagai hutan tropika buatan manusia tertua di dunia.

Taman Negara

Taman negara merupakan kawasan yang terdiri daripada pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi, tumbuh-tumbuhan ubatan dan tumbuh-tumbuhan yang jarang dijumpai.

Tumbuh-tumbuhan di taman negara ini dijaga dan disimpan dengan baik bagi mengekalkan biodiversiti alam sekitar.

Taman negara juga paling banyak dijadikan kawasan pelancongan kerana tersedia dengan pelbagai prasarana.

Di Malaysia, terdapat taman-taman negara yang diuruskan di bawah kerajaan negeri dan terdapat juga di bawah kerajaan persekutuan.

Di negeri Sarawak, terdapat 30 buah taman negara dengan jumlah keluasan 623 463 hektar yang ditadbir oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak, manakala di negeri Sabah terdapat sembilan buah taman negara, iaitu tiga taman terestrial dan enam taman marin di bawah Lembaga Pemegang Amanah Taman-taman Sabah.

Hutan Simpan Kekal

Hutan simpan kekal di Malaysia boleh ditetapkan sebagai kawasan sensitif alam sekitar kerana hutan merupakan kawasan yang berkepentingan dan bernilai tinggi dari segi kepelbagaian biologi.

Menggalakkan penghasilan dan penggunaan hasil hutan yang dapat memberi faedah kepada ekonomi secara maksimum serta menggalakkan pembangunan perindustrian berkaitan dengan hasil hutan melalui program pembangunan hutan yang terancang

Contoh lokasi hutan simpan kekal di Malaysia ialah Hutan Simpan Kabili-Sepilok (Sabah), Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan Hutan Simpan Raja Musa (Selangor).

Ketidakseimbangan ekosistem

Kestabilan ekosistem hutan terganggu akibat berlakunya penyahhutanan. Kawasan hutan yang padat dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi dimusnahkan untuk tujuan pembinaan dan pembukaan kawasan ladang, pembinaan infrastruktur dan pembalakan.

Penyahhutanan menyebabkan ekosistem hutan terganggu dan berlaku ketidakseimbangan dalam siratan makanan, berlaku bencana alam seperti banjir lumpur dan tanah runtuh serta menyebabkan kawasan tadahan hujan terganggu.

Hakisan tanih

Pembalakan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan air hujan.

Kekurangan proses infiltrasi (kemusnahan akar pokok yang berfungsi menyerap air larian permukaan ke dalam tanah) menyebabkan air hujan jatuh dengan laju ke permukaan bumi dan meningkatkan kadar hakisan tanih.

Tanih yang terhakis akan diangkut oleh aliran air hujan dan menyebabkan sungai menjadi cetek.

Sungai yang cetek ini akan menyebabkan banjir berlaku dan mengakibatkan kerosakan harta benda.

Kawasan tadahan hujan terganggu

Hutan merupakan kawasan semula jadi yang luas untuk menadah air hujan. Namun penerokaan hutan yang tidak terancang oleh manusia menyebabkan kawasan tadahan hujan akan terganggu. Hal ini menyebabkan empangan untuk menakung air akan menjadi cetek kerana kelodak lumpur masuk ke dalam empangan.

Kepupusan flora dan fauna

Penerokaan hutan yang tidak terancang menyebabkan flora dan fauna kehilangan habitat dan kekurangan sumber makanan. Keadaan ini juga menyebabkan haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan semakin pupus.

Contoh tumbuh-tumbuhan yang diancam kepupusan adalah seperti periuk kera, tongkat ali, pokok bakau, pokok cengal dan pokok meranti. Contoh haiwan liar yang semakin pupus adalah seperti gajah, badak Sumatera, tapir, harimau Malaya, kancil, kambing gurun dan sebagainya.