| Tanah pamah di Semenanjung Malaysia terletak di bahagian pantai barat dan pantai timur Dataran Kedah–Perlis, Dataran Hulu Sungai Perak, Dataran Kelantan dan sebagainya. Dataran Kedah–Perlis Bermula dari utara, iaitu di negeri Perlis seterusnya hingga ke selatan negeri Kedah Kawasan tanah pamah yang rata terdiri daripada jenis tanih aluvium Kawasan yang sesuai untuk penanaman padi Dataran Kelantan Tanah pamah yang rendah dan rata Diliputi tanih jenis aluvium Kawasan yang subur untuk kegiatan pertanian Dataran Hulu Sungai Perak Sambungan jaluran tanah pamah dari utara ke selatan negeri Perak Kawasan tanah pamahnya luas Kawasan tanah pamah sesuai untuk pelbagai kegiatan ekonomi | Kawasan tanah pamah terletak di pantai timur dan pantai barat negeri Sabah. Dataran di pantai timur Sabah adalah lebih luas berbanding pantai barat. Dataran di sepanjang pantai barat negeri Sarawak pula merupakan tanah pamah yang luas. Delta Rajang membentuk lembangan yang luas di pantai barat negeri Sarawak. Dataran Pantai Timur Sabah Dataran di pantai timur Sabah adalah lebih luas berbanding pantai barat Kawasan tanah pamah lebih lebar Terdapat banyak kawasan berpaya Sesuai untuk kegiatan pertanian seperti tanaman kelapa sawit, getah dan koko Dataran Pantai Barat Sabah Tanah pamah yang agak sempit dan terputus-putus Terbentuk di kaki Banjaran Crocker Sesuai untuk kegiatan perindustrian seperti di Likas dan Kepayan Dataran Pantai Barat Sarawak Dataran yang luas dan terdiri daripada tanih yang subur untuk kegiatan pertanian seperti lada hitam, padi dan nanas Sangat sesuai sebagai pusat petempatan dan pentadbiran |