Pembentukan Sebatian

5.1  Pembentukan Sebatian

Kestabilan Gas Lengai

  • Gas lengai adalah unsur dalam kumpulan 18.
  • Gas-gas ini stabil kerana mempunyai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil pada petala valens.
  • Susunan elektron duplet merujuk kepada Helium, dan susunan elektron oktet merujuk kepada unsur lain dalam kumpulan 18.
  • Susunan elektron unsur-unsur ini menjadikan unsur-unsur kimia ini tidak reaktif kerana ia sangat stabil.

 

Syarat untuk Pembentukan Ikatan Kimia

  • Gas lengai tidak membentuk ikatan, kerana ia mempunyai susunan elektron yang sangat stabil.
  • Pembentukan ikatan boleh berlaku di antara unsur-unsur dalam kumpulan 1 hingga kumpulan 17.
  • Kumpulan 1 hanya mempunyai satu elektron valens, manakala kumpulan 17 hanya mempunyai tujuh elektron valens.
  • Unsur-unsur ini tidak mempunyai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil.
  • Oleh itu, unsur-unsur ini bersifat reaktif dan mampu membentuk ikatan.
  • Terdapat dua jenis ikatan.
    • Ikatan ion (menderma atau menerima elektron)
    • Ikatan kovalen (berkongsi elektron)
  • Proses pembentukan ikatan ion dan ikatan kovalen, hanya melibatkan elektron valens.