Formula Kimia

3.4  Persamaan Kimia
 
Persamaan Kimia
  • Boleh ditulis dalam bentuk perkataan atau menggunakan formula kimia.
  • Bahan pemula atau bahan tindak balas ditulis di sebelah kiri persamaan, manakala bahan baharu yang terhasil atau hasil tindak balas ditulis di sebelah kanan persamaan.
  • Anak panah '→’ mewakili ‘menghasilkan’.
  • Keadaan fizik setiap bahan, iaitu sama ada pepejal(p), cecair(ce), gas(g) atau larutan akueus(ak) juga ditunjukkan dalam persamaan kimia.
 
Cara Menulis Persamaan Kimia
  • Gambar rajah berikut adalah langkah-langkah dalam menentukan persamaan kimia:

Imej menunjukkan langkah-langkah dalam menentukan persamaan kimia. Terdapat empat langkah yang dijelaskan dalam bentuk carta alir: 1. Tulis persamaan dalam bentuk perkataan. 2. Tulis simbol bahan tersebut. 3. Semak bilangan atom bagi setiap elemen. 4. Tulis pekali di hadapan formula kimia untuk mengimbangi persamaan. Setiap langkah ditunjukkan dalam kotak berwarna biru dengan nombor langkah dalam kotak merah. Logo ‘Pandai’ berada di sudut kanan atas.

  • Di bawah menunjukkan contoh persamaan kimia:
    • \(Mg(p) + 2HCl(ak) \rightarrow MgCl_2(ak) + H_2(g)\)

                 * Nota: keadaan pepejal, (aq) keadaan akues dan (g) keadaan gas.

  • Daripada persamaan kimia di atas, kita tahu, magnesium pepejal dan HCl adalah bahan tindak balas.
  • Kedua-dua bahan ini bertindak balas dan menjadi magnesium klorida.
  • Untuk pemahaman yang lebih baik, perhatikan pekali untuk setiap bahan dan hasil dalam persamaan kimia.
    • Satu mol magnesium bertindak balas dengan 2 mol asid hidroklorik untuk menghasilkan 1 mol magnesium klorida dan 1 mol gas hidrogen.