Formula Kimia

3.3  Formula Kimia
 
Maksud Formula Kimia
  • Ialah perwakilan sesuatu bahan kimia dengan menggunakan huruf bagi mewakili atom dan nombor subskrip untuk menunjukkan bilangan setiap jenis atom yang terdapat di dalam entiti asas bahan itu. 
 
Contoh Formula Kimia
Nama Sebatian Formula Kimia Bilangan setiap Unsur dalam Sebatian
Helium He Satu atom helium
Oksigen

\(O_2\)

2 atom oksigen
Air \(H_2O\) 2 atom hidrogen dan 1 atom oksigen
Ammonia \(NH_3\) 1 atom nitrogen dan 3 atom hidrogen
Asid Sulfurik \(H_2SO_4\) 2 atom hidrogen, 1 atom sulfur dan 4 atom oksigen
 
Contoh Pembentukan Formula Kimia bagi Kimia Ferum(III) Klorida
  • Ion ferum(III) = \(Fe^{+3}\)
  • Ion klorin = \(Cl^{-}\)
  • Ferum, Fe mempunyai tiga cas positif, dan Cl mempunyai satu cas negatif.
  • Apabila kedua-dua jenis atom ini bertindak balas bersama, cas daripada kedua-dua atom perlu seimbang.
  • 3 cas positif dari ferum memerlukan tiga cas negatif untuk menjadikan cas sama dengan sifar.
  • Oleh kerana klorin hanya mempunyai cas negatif; oleh itu, besi memerlukan tiga atom klorin untuk meneutralkan tiga cas positif.
  • Oleh itu formula kimianya akan menjadi, \(FeCl_3\).
 
Pembentukan Sebatian Ferum(III) Klorida
Imej ini menunjukkan proses pembentukan sebatian kimia Ferric Chloride (FeCl3). Terdapat empat kotak merah dengan simbol kimia di dalamnya. Kotak kiri atas mengandungi ‘Fe’ dengan cas 3+, dan kotak kanan atas mengandungi ‘Cl’ dengan cas negatif. Kotak kiri bawah mengandungi ‘Fe’ tanpa cas, dan kotak kanan bawah mengandungi ’Cl’ dengan nombor 3. Anak panah menunjukkan arah tindak balas kimia yang menghasilkan FeCl3 di kotak paling bawah.
 
Formula Empirik
Maksud Formula Empirik
  • Ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah paling ringkas bagi bilangan atom setiap jenis unsur dalam sesuatu sebatian.
Langkah untuk Menentukan Formula Empirik 

Gambar menunjukkan 'LANGKAH UNTUK MENENTUKAN FORMULA EMPIRIK'. 1. Tentukan jisim setiap unsur. 2. Hitung bilangan mol setiap unsur. 3. Permudah bilangan mol dengan faktor yang sama. 4.  Hitung nisbah mol paling ringkas dengan pendaraban.

Contoh

Unsur C H
Jisim (g) \(96\) \(18\)
Bilangan mol \(\dfrac{96}{12}=8\) \(\dfrac{18}{1}=18\)
Nisbah mol \(8\) \(18\)
NIsbah mol termudah \(\dfrac{8}{2} =4\) \(\dfrac{18}{2} = 9\)
Formula empirik \(C_4H_9\)

Contoh Formula Empirik Beberapa Bahan
Air \(H_2O\)
Ammonia \(NH_3\)
Hidrazin \(NH_2\)
Propena \(CH_2\)
Benzena \(CH\)