Penyiasatan Saintifik dalam Kimia

1.2  Penyiasatan Saintifik dalam Kimia
 
Maksud Penyiasatan Saintifik
  • Penyiasatan saintifik merupakan suatu kaedah saintifik yang digunakan bagi penyelesaian masalah dalam sains.
  • Secara amnya, penyiasatan saintifik akan bermula dengan pemerhatian terhadap sesuatu masalah.
 
Maksud Kaedah Saintifik
  • Kaedah saintifik ialah suatu kaedah sistematik yang diguna pakai oleh ahli sains atau penyelidik dalam menyelesaikan masalah berkaitan sains.
  • Kaedah ini melibatkan beberapa langkah umum bagi membolehkan sesuatu permasalahan dapat diselesaikan melalui kaedah yang betul.
  • Langkah-langkah kaedah saintifik ditunjukkan dalam rajah di bawah.
 
Imej ini menunjukkan carta alir yang menggambarkan kaedah saintifik. Di tengah-tengah, terdapat kotak dengan teks ‘LANGKAH-LANGKAH KAEDAH SAINTIFIK.’ Di sekelilingnya, terdapat 11 kotak yang dihubungkan dengan anak panah ke arah kotak tengah. Kotak-kotak tersebut mengandungi teks berikut: ‘Membuat pemerhatian,’ ‘Membuat inferens,’ ‘Mengenal pasti masalah,’ ‘Membuat hipotesis,’ ‘Mengenal pasti pemboleh ubah,’ ‘Mengawal pemboleh ubah,’ ‘Merancang eksperimen’ ‘Mengumpul data,’ ‘Mentafsir data,’ ‘Membuat kesimpulan,’ dan ‘Menulis laporan.’ Logo Pandai terletak di sudut kiri atas imej.
 
Langkah-Langkah Kaedah Saintifik
Membuat pemerhatian Gunakan deria (lihat, dengar, rasa, sentuh, bau) untuk mengumpulkan maklumat tentang objek atau fenomena. 
\(\red\Downarrow\)
Membuat inferens Membuat kesimpulan dan penerangan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pengumpulan data dan pengalaman lalu.
\(\red\Downarrow\)
Mengenal pasti masalah Mengemukan soalan berdasarkan inferens yang dibuat.
\(\red\Downarrow\)
Membuat hipotesis Membuat pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dengan pemboleh ubah bergerak balas. Pernyataan ini boleh diuji untuk dibuktikan kesasihannya. 
\(\red\Downarrow\)
Mengenal pasti pemboleh ubah

Mengenal pasti pemboleh ubah:

  • Dimanipulasikan
  • Bergerak balas
  • Dimalarkan
\(\red\Downarrow\)
Mengawal pemboleh ubah Dalam suatu penyiasatan, satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah berherak balas. Pemboleh ubah yang lain dimalarkan. 
\(\red\Downarrow\)
Merancang eksperimen

Perkara yang perlu ditentukan dalam suatu eksperimen:

  • Bahan
  • Radas
  • Prosedur untuk menjalankan eksperimen
  • Cara pengumpulan data
  • Cara menganalisis dan menginterpretasi data
\(\red\Downarrow\)
Mengumpul data Membuat pemerhatian dan merekod data secara teratur. 
\(\red\Downarrow\)
Mentafsir data

Mengorganisasi dan mentafsir data yang dikumpul. Tafsiran data boleh dibuat dengan:

  • Pengiraan
  • Graf
  • Carta
\(\red\Downarrow\)
Membuat kesimpulan Membuat pernyataan tentang dapatan daripada eksperimen sama ada hipotesis diterima atau ditolak. 
\(\red\Downarrow\)
Menulis laporan Hasil dapatan penyiasatan dapat dikongsi demi perkembangan ilmu kimia. 