16: Kata Perintah

 
16 Kata Perintah
 
 DEFINISI
 
Kata perintah ialah kata yang digunakan untuk memberikan sesuatu perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
 
 
Gambar sebuah rajah:   KATA PERINTAH   01 Jangan Menyatakan maksud larangan atau tidak boleh melakukan sesuatu.   02 Harap Menyatakan maksud keinginan mendapatkan sesuatu atau meminta dilakukan sesuatu.    03 Jemput Menyatakan maksud mengajak atau mengundang.    04  Usah Menyatakan maksud larangan atau tegahan daripada melakukan sesuatu.    05 Tolong Menyatakan maksud meminta pertolongan atau bantuan, atau minta melakukan sesuatu untuknya.    06 Sila Meminta seseorang melakukan sesuatu dengan cara hormat/beradab.   07 Minta Menyatakan maksud ingin akan sesuatu.
 
Contoh

Jangan  : Menyatakan maksud larangan atau tidak boleh melakukan sesuatu.
Harap   : Menyatakan maksud keinginan mendapatkan sesuatu atau meminta dilakukan sesuatu.
Jemput  : Menyatakan maksud mengajak atau mengundang.
Minta    : Menyatakan maksud ingin akan sesuatu.
Sila       : Meminta seseorang melakukan sesuatu dengan cara hormat/beradab.
Tolong  : Menyatakan maksud meminta pertolongan atau bantuan, atau minta melakukan sesuatu untuknya.
Usah     : Menyatakan maksud larangan atau tegahan daripada melakukan sesuatu.
 
Nota

 

  • Dalam penulisan atau pembinaan ayat, elak menggunakan dua kata perintah dalam satu ayat.
 
Contoh Ayat
 
Betul Salah
"Jangan sentuh barang-barang di atas meja ini, " kata Cikgu Ali. "Tolong jangan sentuh barang-barang di atas meja ini, " kata Cikgu Ali.
"Jangan ulangi kesilapan lalu," kata Aini kepada anaknya. "Harap jangan ulangi kesilapan lalu," kata Aini kepada anaknya.

 

Ayat Perintah

 

  • Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
  • Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:

 

  1. Ayat suruhan
  2. Ayat larangan
  3. Ayat silaan
  4. Ayat permintaan
 
Panduan Umum Penggunaan Jenis-jenis Ayat Perintah


Ayat Perintah

  • Penggunaan Ayat Contoh
  • Ayat Suruhan Memberi arahan atau memerintah seseorang membuat sesuatu.
  • Contoh : 
  1. Minumlah teh ini dahulu.
  2. siapkan kerja sekolah ini.
  3. Fikirkanlah sebelum bertindak.


Ayat Larangan

  • Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
  • Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah.
  • Contoh : 
  1. Jangan petik bunga itu.
  2. Usah bermain di tepi jalan.
  3. Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.


Ayat Silaan

  • Menjemput atau mempersilakan seseorang
  • Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.
  • Contoh : 
  1. Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.
  2. Silalah pakai topi keledar.
  3. Jemput makan bersama-sama.
  4. Jemputlah datang ke rumah saya.


Ayat Permintaan

  • Memohon permintaan dan pertolongan.
  • Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.
  • Contoh : 
  1. Minta tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat duduk masing-masing.
  2. Minta anda semua bersabar.
  3. Tolong ambilkan saya secawan air.
  4. Tolong uruskan perkara ini dengan segera.