14 : Peribahasa

 
14 Peribahasa
 
   Definisi   
     
 

Peribahasa adalah ayat atau susunan kata yang mempunyai maksud tertentu merujuk kepada maksud berkias, berlapik dan tersirat.

 
     
 

Peribahasa terdiri daripada 4 bahagian :

  1. Simpulan bahasa
  2. Perumpamaan
  3. Bidalan
  4. Pepatah 
 
Simpulan bahasa : ungkapan yang biasanya terdiri daripada 2 atau 3 perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sekali daripada makna asal perkataan tersebut. Simpulan bahasa ialah bentuk peribahasa paling.
 

Ciri-ciri simpulan bahasa :

1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Contohnya:

anak buahbuah tangan, dan lipas kudung.

Anak, buah, dan lipas masing-masingnya sebagai kata nama am.

2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. Contohnya:

ajak-ajak ayambuat bodoh, dan pasang telinga.

Ajak, buat, dan pasang masing-masingnya sebagai kata kerja.

3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif. Contohnya:

besar kepalabodoh sepat, dan kecil hati.

Besar, bodoh, dan kecil masing-masingnya sebagai kata adjektif.

4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. Contohnya:

Abu JahalMat Jenin, dan Pak Kaduk.

Semua ini sebagai kata nama khas.

5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan. Contohnya:

air pinangbatu buyung, dan makan bulan.

Semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu.

 
Perumpamaan : susunan kata yang memberikan makna dalam bentuk perbandingan dan menggunakan pangkal kata seperti bak, bagai,macam, ibarat, laksana, seperti serta umpama. Perumpamaan juga adalah hasil daripada analogi dua perkara.
 
1. Bagai aur dengan tebing
   Maksud - tolong-menolong antara satu dengan yang lain

2. Bagai bunyi cempedak jatuh
    Maksud - bunyi jatuh yang kuat

3. Bagai bulan dipagari bintang
    Maksud - kecantikan gadis yang tiada bandingannya

4. Bagai diiris dengan sembilu
    Maksud - perasaan yang sangat pedih

5. Bagai duri dalam daging
    Maksud - sesuatu hal yang tidak menyenangkan

6. Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
    Maksud - hanya mementingkan diri sendiri

7.  Bagai itik pulang petang
    Maksud -berjalan lambat sekali

8. Bagai isi dengan kuku
    Maksud - Bagai kacang melupakan kulit orang yang tidak tahu mengenang
                     budipersahabatan yang sangat erat

9. Bagai kacang melupakan kulit
    Maksud - orang yang tidak tahu mengenang budi

10.Bagai kumbang putus tali
     Maksud - amat cepat; terlepas daripada sengsara
 
Bidalan : susunan bahasa yang berbentuk kiasan yang mempunyai ertiselapis yang menggambarkan perbandingan. Bidalan juga merupakanungkapan yang menjadi panduan nilai sosial, mengandungi teladan dan nasihat.
 

Contoh bidalan :

1.     Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya.

Maksudnya: Kerja yang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan.

2.     Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh.

Maksudnya: Jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal suka bertanya,pasti akan berjaya.

3.     Bagai orang berjudi, menang mua, kalah hendak membela.

Maksudnya : Melakukan perbuatan yang memang tercela, apa yang dibuat tetap merugikan semata-mata.

4.     Habis akal, barulah tawakal.

Maksudnya: Sesudah berikhtiar dengan sedaya upaya barulah berserah diri kepada Tuhan.

5.     Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Maksudnya: Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang jangan pandai-pandai mencuba bidang itu,akibatnya buruk.

6.     Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.

Maksudnya: Berfikir dengan teliti sebelum mengambil sebarang tindakan.

7.     Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.

Maksudnya: Sebaik-baik sedar akan sesuatu kesilapan, segera insaf dan membetulkannya.

8.     Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Maksudnya: Kunci kejayaan ialah pada sifar sabar dan tekun.

9.     Tujuh kali pindah jadi papa.

Maksudnya: Perbuatan suka berpindah-randah dan bertukr-tukar kerja tidak mendatangkan sebarang keuntungan.

10.   Ukur baju di badan sendiri

Maksudnya : Lakukan sesuatu mengikut kemampuan dan keupayaan sendiri.

 
Pepatah : seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. 
 

Contoh pepatah :

1.     ada gula, ada semut –

di mana ada rezeki banyak, di situ banyak orang.

2.     ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras –

jika ada wang, sesuatu pekerjaan itu akan mudah selesai.

3.     air sama air, sampah ke tepi juga –

seseorang yang campur tangan dalam pergaduhan antara adik-beradik, akhirnya akan diketepikan apabila adik-beradik itu berbaik semula.

4.     ada ubi ada batas, ada budi boleh balas –

semua perbuatan baik atau jahat pasti ada balasannya.

5.     alah bisa tegal biasa –

pekerjaan yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan.

6.     alah membeli, menang memakai –

biar mahal asalkan tahan lama

7.     alah sabung menang sorak –

walaupun kalah tapi masih berlagak.

8.     anak di pangkuan dilepaskan, kera di hutan disusui –

mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.

9.     angguk bukan, geleng ya –

di mulut lain, di hati lain.

10. ayam terlepas, tangan bau tahi –

ingin mendapatkan untung yang banyak tetapi akhirnya menanggung kerugian atau malu.