10: Ayat Majmuk

 

10  Ayat Majmuk
   
DEFINISI
 
Ayat majmuk ialah ayat yang terbina daripada gabungan beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung seperti atau, dan, lalu, malahan, sambil serta tetapi bagi, seraya, kecuali, melainkan, manakala, bahkan, kemudian dan kata hubung lain.
 
 
Gambar sebuah rajah:   AYAT MAJMUK PANCANGAN   Relatif • Ayat majmuk pancangan relatif menggunakan kata hubung yang.   Komplemen  • menggunakan kata hubung bahawa dan untuk.  Keterangan • Berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja induk. • Ayat-ayat ini terdiri daripada ayat majmuk keterangan musabab, waktu, syarat, cara, tujuan, perbandingan, pertentangan dan akibat.
 
Ayat Majmuk Pancangan
 

Ayat yang terbina daripada gabungan beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung pancangan seperti:

  • agar
  • bahawa
  • jika
  • untuk
  • ketika
  • semasa
  • setelah
  • semenjak
  • selagi
  • selama
  • supaya
  • hingga
  • walaupun
 
Ayat majmuk pancangan Contoh ayat
Relatif Wanita yang menjadi calon ibu misali itu ibu saya.
Komplemen

Perdana Menteri mengumumkan bahawa kakitangan kerajaan akan menerima kenaikan gaji tidak lama lagi. 

Tentulah tidak wajar untuk mereka melakukan aktiviti membuli pelajar lain di sekolah. 

Keterangan

Contoh ayat majmuk pancangan keterangan musabab: Saya tidak menghadiri majlis perkahwinan itu kerana tidak diundang.

Contoh ayat majmuk pancangan keterangan waktu: Guru baru itu melaporkan diri di sekolah itu setelah menerima surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri.

Contoh ayat majmuk pancangan keterangan syarat: Sekiranya awak lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini saya akan menghadiahi awak sebuah motosikal.

Contoh ayat majmuk keterangan cara: Murid-murid di kawasan pedalaman itu ke sekolah dengan menaiki perahu.

Contoh ayat majmuk keterangan tujuan: Pekerja syarikat itu digesa melipatgandakan usaha mereka untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil kerja.

Contoh ayat majmuk pancangan keterangan perbandingan: Sikap pemuda itu yang tidak pandai menghargai pemberian orang lain, samalah ibarat kera mendapat bunga.

Contoh ayat majmuk keterangan pertentanganWalaupun malam sudah larut, Faizal masih terus mengulang kaji pelajarannya.

Contoh ayat majmuk keterangan akibat: Kanak-kanak itu menjerit terlalu kuat hingga hilang suaranya.

 
 
Ayat Majmuk Campuran
 
  • Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat
  • Terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan jenis ayat majmuk dengan menggunakan pelbagai kata hubung.
  • Contoh: Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah lembut serta sopan-santun yang tinggi nilainya lagi mulia.