Ayat Sama Maksud

 
Ayat Sama Maksud
 
   Definisi   
     
  Ayat sama maksud ialah ayat yang menyampaikan maksud yang sama tetapi menggunakan susunan ayat yang berbeza.  
     
 

Tips menulis ayat sama maksud ialah gunakan kaedah kata tanya :

  1. Apa
  2. Siapa
  3. Bila/ Mengapa/ Bagaimana/ Di mana
 
  • Pelajar perlulah memahami setiap perkataan dalam ayat soalan terlebih dahulu.
  • Pelajar juga boleh menggunakan kaedah ayat songsang.
 

Contoh

Syuhada menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Aisyah dalam masa setengah jam sahaja.

Ayat sama maksud

Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Aisyah dapat disiapkan oleh Syuhada.

 

Contoh

Sungai-sungai di negara ini semakin tercemar kerana tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab untuk menjaga kualiti alam sekitar.

Ayat sama maksud

Sikap manusia yang sering mengabaikan peranan terhadap alam sekitar telah menyebabkan sungai-sungai sentiasa tercemar.