11: Kata Tanya

11  Kata Tanya
 
 DEFINISI
 
Kata tanya digunakan untuk menanyakan perihal sesuatu seperti orang, haiwan, benda, masa, tempat, bilangan, hal atau perkara. 
 
 Gambar sebuah rajah:   BERAPA MANA APA ADAKAH SIAPA  KATA TANYA  MENGAPA BAGAIMANA KENAPA
 
Nota

  • Kata tanya pada awal ayat mesti disertakan partikel '-kah.'
  • Kata tanya pada akhir ayat tidak perlu diletakkan '-kah.'
  • Kata tanya mesti diakhiri dengan tanda tanya '?'
  • Kata tanya tidak boleh menggantikan kata ganti nama tak tentu.
 
Contoh Ayat Menggunakan Kata Tanya
 
Salah Betul
Siapa nama guru kelas kamu? Siapakah nama guru kelas kamu?
Dia pandaikah? Pandaikah dia?
Suami Ani itukah? Itukah suami Ani?
Kedai itu terbakarkah? Kedai itu terbakar?
Mary ke pekan dengan siapakah? Mary ke pekan dengan siapa?
Saya tidak pergi ke mana semalam. Saya tidak pergi ke mana-mana semalam.
Kapal terbang akan mendarat pada bila masa sahaja. Kapal terbang akan mendarat pada bila-bila masa sahaja.
Dia membeli apa sahaja yang diminatinya. Dia membeli apa-apa sahaja yang diminatinya.
 
Penggunaan Kata Tanya
 
Kata tanya Penggunaan Contoh
Apa Menanyakan binatang, hal, perkara, benda dan perkara abstrak. Apakah masalah kamu?
Adakah Menanyakan soalan yang perlu dijawab 'ya' atau 'tidak'. Adakah kamu bersetuju dengan pendapat saya?
Bagaimana Menanyakan cara dan keadaan. Bagaimanakah keadaan Saiful selepas kemalangan itu?
Berapa Menanyakan jumlah, bilangan atau harga. Kamu mahu berapa bijik epal?
Bila Menanyakan masa atau waktu. Bilakah waktu yang sesuai untuk saya meminang kamu?
Kenapa Menanyakan sebab atau alasan. Kenapakah kamu menangis?
Mengapa Menanyakan sebab atau alasan. Mengapakah dia memukul Zaid?
Mana  Menanyakan tempat, benda atau orang. Kamu dari mana?
Siapa Menanyakan orang atau manusia. Emak menelefon siapa?