Kata Kerja

  • Kata kerja adalah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.
  • Kata kerja boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu;
    • Kata kerja transitif
    • Kata kerja tak transitif
 
 Kata Kerja Transitif
 
  • Kata kerja ini memerlukan penyambut atau objek yang terdiri dari kata nama supaya boleh melengkapkan maksud ayat.
  • Kata kerja ini boleh dikenal pasti melalui imbuhannya seperti contoh yang diberi di bawah.
 
Imbuhan Contoh perkataan
men\(\underline{\hspace{0.5cm}}\) menjala. mencangkul, menebang, menetak, menendang
men\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)i menaiki, medekati, mendaki, menjalani. menghadiahi
ter\(\underline{\hspace{0.5cm}}\) termakan, tersepak, terlanggar
memper\(\underline{\hspace{0.5cm}}\) memperbaiki, memberbuat, memperisterikan
memper\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)i memperbaiki, mempelajari, memperingati
memper\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)kan memperkenalkan, mempertemukan, mempertingkatkan
 
  • Kata kerja transitif boleh dibuat dalam bentuk ayat aktif dan ayat pasif
 
Ayat aktif Ayat pasif
Ali termakan makanan yang sudah tamat tarih luput itu. Makanan yang sudah tamat tarikh luput itu dimakan oleh Ali.
Adi mempelajari ilmu melukis sejak kecil lagi. Sejak kecil lagi ilmu melukis telah dipelajari oleh Adi.
Siti sedang membasuh kain di dalam bilik mandi. Kain sedang dibasuh oleh Siti di dalam bilik air.
 
 Kata Kerja Tak Transitif
 
  • Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut kerana ianya sudah lengkap dan boleh berdiri sendiri di dalam ayat.
  • Kata kerja ini juga tidak boleh diguna dalam ayat pasif seperti kata kerja transitif.
  • Kata kerja ini boleh dikenal pasti melalui imbuhannya seperti contoh di bawah.
 
Imbuhan Contoh perkataan
meN\(\underline{\hspace{0.5cm}}\) mengalir, menangis, menyanyi, membisu
ber\(\underline{\hspace{0.5cm}}\) berbincang, bercadang, berjalan
teR\(\underline{\hspace{0.5cm}}\) terjatuh, termenung, tertarik, terhumban
ber\(\underline{\hspace{0.5cm}}\)an berpelukan, bertaburan, bergandingan
 
Jenis-jenis kata kerja tak transitif

  • Kata kerja tak transitif boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu;
    • Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
    • Kata kerja tak transitif berpelengkap
      • Kata kerja yang memerlukan kata atau frasa tertentu selepas kata kerja untuk melengkapkan maksud ayat itu.
      • Jika tiada pelengkap, maka ayat yang akan disampaikan tidak mempunyai sebarang maksud.
      • Berikut adalah contoh dan kesalahan dalam menggunakan kata kerja tak transitif berpelengkap.
 
Salah Betul
Penyakit yang dihidapi oleh Ali beransur Penyakit yang dihidapi Ali beransur sembuh
Keadaan banjir susah beransur  Keadaan banjir sudah beransur surut
Hampir lima tahun makcik kiah menetap Hampir lima tahu makcik kiah menetap di kampung
 
  • Kata kerja transitif tanpa pelengkap pula bermakna kata kerja itu boleh berdiri dengan sendiri dan masih membawa makna ayat yang hendak disampaikan walaupun tiada kata atau frasa selepas ayat itu.
  • Contoh ayat seperti berikut.
    • Murid itu termenung.
    • Cikgu Ali dan Cikgu Fatin sedang berbincang.
    • Gadis itu terjatuh
  • Kata kerja tak transitif di atas juga boleh diikuti dengan oleh ayat keterangan yang berfungsi untuk memberikan maksud yang lanjut dengan ayat tersebut.
  • Sebagai contoh;
    • Murid itu sedang termenung ketika guru sedang mengajar
    • Cikgu Ali dan Cikgu Fatin sedang berbincang mengenai sambutan hari guru yang bakal diadakan nanti.
    • Gadis itu terjatuh kerana lantai itu licin. 