Pendidikan Islam

Bab 3 : Akidah

Apa yang akan anda pelajari dalam bab ini
Pendidikan Islam
Dalam bab Akidah, kita akan mempelajari tentang Islam sebagai agama fitrah.

Kita juga akan belajar tentang akidah Islam dan bagaimana untuk beriman kepada Allah s.w.t. Selain itu, kita akan mempelajari nama-nama Allah s.w.t seperti Al-Khaaliq dan Al-Mushawwir.

Dalam bab ini, kita akan memahami bahawa hanya Islam sahaja yang merupakan agama yang benar dan sesuai dengan fitrah manusia. Dengan ini, kita dapat memahami dan mengamalkan akidah Islam dengan betul.