
Chapter 7 : Membina Kemakmuran Negara
What will you learn in this chapter

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan bagi memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi dan sebagai usaha membasmi kemiskinan masyarakat.
Seterusnya, kesinambungan DEB iaitu pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) adalah usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Strategi asas dalam pelaksanaan DPN adalah bagi memperbaik ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum serta pelaksanaan DEB dan DPN telah membawa perubahan kepada kemajuan ekonomi penduduk.
Dengan memahami konsep dan pelaksanaan DEB dan DPN, kita akan menghargai usaha kerajaan dalam mencapai kemakmuran yang sejagat.