|
4.2 |
Butiran dalam Penyata Kewangan |
|
|
Butiran Dalam Penyata Pendapatan |
- Jualan Bersih;
- Jumlah jualan ditolak dengan pulangan jualan.
- Jualan Bersih = Jualan – Pulangan Jualan.
- Kos Jualan;
- Kos dan belanja untuk membeli barang niaga.
- Contoh: Inventori, belian, pulangan belian dan angkutan masuk.
- Belian Bersih;
- Jumlah perbezaan antara jumlah belian dengan pulangan belian.
- Belian Bersih = Belian – Pulangan Belian.
- Kos Belian;
- Jumlah kos barang dibeli setelah ditolak dengan pulangan belian dan ditambahkan dengan belanja atas belian iaitu angkutan masuk, upah atas belian, insurans atas belian dan duti import.
- Kos Belian = Belian – Pulangan Belian + Belanja Atas Belian.
- Belanja;
- Kos yang dibayar dalam perniagaan.
- Contoh: Bayaran insurans, gaji, sewa bangunan.
- Untung Kasar;
- Jumlah untung yang diperoleh selepas mengambil kira belanja dan hasil yang berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan.
- Untung kasar = Jualan bersih – Kos Jualan.
- Untung Bersih;
- Jumlah pendapatan (hasil) melebihi jumlah perbelanjaan (kos) dalam sesuatu tempoh perakaunan.
- Untung Bersih = Untung Kasar + Hasil - Belanja.
|
|
|
Butiran Dalam Penyata Kunci Kira-kira |
- Aset Bukan Semasa
- Aset perniagaan yang mempunyai tempoh hayat penggunaan melebihi setahun dan tahap kecairan rendah.
- Contoh: Kenderaan, mesin dan kelengkapan pejabat.
- Aset Semasa
- Aset perniagaan yang bersifat tidak tahan lama dan mempunyai tempoh penggunaan kurang dari setahun dan tahap kecairan yang tinggi.
- Contoh: Inventori, tunai di tangan, deposit semasa dan akaun belum terima.
- Ekuiti Pemilik
- Modal yang dilaburkan untuk memulakan perniagaan.
- Contoh: Modal Awal.
- Liabiliti Bukan Semasa
- Hutang perniagaan jangka panjang yang memerlukan tempoh melebihi satu tahun kewangan untuk menjelaskannya.
- Contoh: Pinjaman bank, gadai janji dan pinjaman kerajaan.
- Liabiliti Semasa
- Hutang perniagaan jangka pendek.
- Contoh: Akaun Belum Bayar dan overdraf Bank.
- Ambilan
- Pemilik mengambil aset perniagaan (barang @ tunai) untuk kegunaan peribadi.
- Contoh: Ambilan barang, aset @ tunai.
|
|
|
Butiran Dalam Penyata Aliran Tunai |
- Baki b/b
- Jumlah tunai atau simpanan yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dalam bank atau di tangan pada permulaan atau awal tempoh tertentu.
- Contoh: Modal permulaan dan terbitan saham.
- Penerimaan
- Jumlah pendapatan dan sumber wang yang diterima dalam sesuatu bulan.
- Contoh: Jualan tunai, pinjaman dan penerimaan daripada penghutang.
- Pembayaran
- Jumlah perbelanjaan dan sumber wang yang digunakan atau dibayar dalam sesuatu bulan tertentu.
- Contoh: Kos Jualan, gaji, faedah dan sewa.
- Lebihan / (Kurangan)
- Lebihan berlaku apabila jumlah penerimaan melebihi jumlah pembayaran.
- Kurangan berlaku apabila jumlah pembayaran melebihi jumlah penerimaan.
- Baki h/b
- Jumlah keseluruhan tunai di tangan dan di bank pada akhir tempoh tertentu.
- Contoh: Baki h/b = (Baki b/b + jumlah penerimaan) – Jumlah Pembayaran.
|
|
|
  |
|
Kos Tetap |
- Kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat pengeluaran.
- Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurangan.
- Contoh: Sewa, insurans dan bayaran balik pinjaman.
|
|
|
Kos Berubah |
- Kos yang berubah mengikut tingkat pengeluaran.
- Contoh: Kos bahan mentah, kos buruh langsung seperti upah, gaji dan duti atas bahan mentah.
|
|
|