7.1 |
Jenis Kos dan Kerja dalam Proses
|
|
|
|
Perakaunan Kos |
|
|
Proses penilaian dan pemprosesan data daripada aktiviti yang berlaku dalam industri. |
|
|
|
|
|
|
|
- Maklumat Perakaunan Kos digunakan oleh pihak pengurusan untuk tujuan perancangan, kawalan dan pembuatan keputusan.
|
|
|
Kos |
|
|
Perbelanjaan firma terhadap penggunaan faktor-faktor pengeluaran.
Terdapat dua jenis kos iaitu kos tetap dan kos berubah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kos Pengeluaran |
|
|
Semua kos yang terlibat dalam proses pengeluaran sesuatu produk. |
|
|
|
|
|
|
|
Kos Pengeluaran = Kos Bahan Langsung + Kos Buruh Langsung + Belanja Langsung + Kos Overhead
|
|
- Kos Bahan Langsung
- Kos bahan utama yang diperlukan dalam pengeluaran sesuatu barang
- Merangkumi semua perbelanjaan yang terlibat dalam pembelian bahan langsung.
- Cth: Cukai belian bahan langsung, angkutan masuk dan insurans atas belian.
- Kos Bahan Langsung = Inventori Awal Bahan Langsung + Belanja Pembelian Bahan Langsung - Inventori Akhir Bahan Langsung
- Kos Buruh Langsung
- Belanja yang dibayar kepada buruh yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran.
- Kos berubah - Kuantiti/Perkhidmatan meningkat, kos buruh juga akan meningkat dan sebaliknya
- Belanja langsung
- Belanja yang turut berubah apabila berlaku perubahan dalam unit pengeluaran
- Cth: Bayaran royalti, cap dagangan (paten) dan reka bentuk produk
- Kos Overhead
- Kos yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran tetapi perlu dibelanjakan.
- Kebanyakannya kos tetap
- Cth: Sewa,kadar bayaran, penyelenggaraan mesin dan insurans
|
|
|
Kos Prima |
|
|
Kos Utama untuk menghasilkan sesuatu barang
- Kos Prima = Kos Bahan Langsung + Kos Buruh Langsung
|
|
|
|
|
|
|
|
Komponen Kos Overhead
- Kos Buruh Tak Langsung
- Cth: Gaji pengurus, penyelia, kerani dan pengawal keselamatan kilang
- Kos Bahan Tak Langsung
- Cth: Bahan api dan minyak pelincir
- Belanja Pentadbiran dan Pengurusan Kilang
- Cth: Belanja alat-alat kecil,cukai tanah kilang, sewa bangunan kilang, insurans kilang, penyelenggaraan mesin dan susut nilai mesin
|
|
|
Kerja dalam Proses Awal |
|
|
Barangan yang belum siap diproses atau barang separuh siap pada awal tempoh perakaunan dan akan disiapkan dalam tempoh perakaunan semasa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerja dalam Proses Akhir |
|
|
Barangan yang belum siap diproses atau barang separuh siap pada akhir tempoh perakaunan dan akan disiapkan dalam tempoh perakaunan berikutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kos Pengeluaran = Kos Bahan Langsung + Kos Buruh Langsung + Kos Overhead + Kerja Dalam Proses Awal - Kerja Dalam Proses Akhir
|
|