Dalam bab ini, kita akan mempelajari tentang ekonomi dan kerajaan.
Kita akan belajar tentang peranan kerajaan dalam ekonomi iaitu menyediakan perkhidmatan awam dan menjadi majikan yang memberikan pekerjaan kepada rakyat.
Kemudian, kita akan mempelajari tentang penunjuk ekonomi iaitu data dan statistik yang digunakan untuk mengukur prestasi ekonomi negara.
Kita juga akan mempelajari tentang alat dasar ekonomi yang merujuk kepada tindakan kerajaan dalam mengawal selia pengeluar dan mengurangkan eksternaliti negatif.
Dengan mempelajari bab ini, kita akan memahami peranan penting kerajaan dalam ekonomi.
• Menjelaskan peranan kerajaan sebagai pengeluar dan majikan
• Menjelaskan peranan kerajaan untuk mencapai objektif makro ekonomi negara iaitu guna tenaga penuh, kestabilan harga, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan imbangan pembayaran.
• Menjelaskan peranan kerajaan dalam mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif
• Menganalisis dan menghubungkait ketiga-tiga peranan kerajaan dalam menjaga kebajikan masyarakat dan meningkatkan kemakmuran negara
• Menjelaskan Indeks Harga Pengguna (IHP) sebagai alat ukuran inflasi
• Menerangkan jenis inflasi
• Menganalisis kesan inflasi ke atas harga, tabungan, pendapatan, pengangguran, eksport dan kadar faedah
• Mendefinisikan pengangguran
• Menganalisis jenis pengangguran iaitu kitaran, berstruktur dan geseran
• Mendefinisikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
• Menjelaskan KDNK sebagai ukuran kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia berdasarkan data
• Menerangkan sebab dan akibat pertumbuhan ekonomi
• Menjelaskan maksud dasar fiskal
• Mengklasifikasi dan menjelaskan jenis hasil kerajaan iaitu cukai langsung, cukai tidak langsung dan hasil bukan cukai
• Menganalisis kesan cukai regresif, progresif dan berkadar malar ke atas agihan pendapatan
• Menjelaskan jenis perbelanjaan kerajaan iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
• Menganalisis kesan belanjawan defisit dan belanjawan lebihan terhadap ekonomi negara
• Menjelaskan maksud dasar kewangan
• Menjelaskan alat dasar kewangan yang digunakan oleh bank pusat untuk mengawal ekonomi
• Menganalisis kesan penggunaan kadar faedah sebagai alat dasar kewangan ke atas ekonomi
• Menilai kesan yang berbeza ke atas objektif makro ekonomi negara dengan penggunaan alat-alat dasar ekonomi.
There is no chapter or topic to show