Dalam bab Kod Arahan, kamu akan belajar cara menggunakan pemboleh ubah dan operator matematik untuk membina atur cara. Kamu juga akan belajar cara membuat atur cara yang melibatkan penggunaan pelbagai pilihan dan ulangan.
Selain itu, kamu juga akan belajar tentang Kod Arahan HTML, di mana kamu akan belajar cara membuat papan cerita untuk membina laman sesawang menggunakan kod arahan HTML.
Kamu akan belajar menggunakan tags seperti [head], [title], [body] dan [paragraph] dalam atur cara HTML. Kamu juga akan belajar cara membuat laman sesawang interaktif yang memaparkan Banner, Menu, Ruangan Komen, Frame dan Pull down menu.
• Menggunakan pemboleh ubah dan operator matematik dalam atur cara yang dibangunkan
• Menghasilkan atur cara yang melibatkan penggunaan pelbagai pilihan
• Menghasilkan atur cara yang melibatkan penggunaan ulangan
• Membangunkan atur cara yang melibatkan penggunaan pelbagai pilihan, ulangan, pemboleh ubah dan operator matematik
• Menguji atur cara dan membaiki ralat pada kod arahan yang dihasilkan
• Melakar papan cerita untuk membina laman sesawang yang menggunakan kod arahan HTML
• Menggunakan tags dalam atur cara HTML : <head>; <title>; <body> dan <paragraph>
• Mengguna paragraph headings dalam atur cara HTML yang dibina
• Menggunakan atur cara HTML untuk menghasilkan Banner, Frame dan Menu
• Membina pautan teks dan imej dalam atur cara HTML
• Menulis atur cara untuk memasukkan imej dalam atur cara HTML
• Menghasilkan pull down menu melalui atur cara HTML
• Menghasilkan ruang komen melalui atur cara HTML
• Mengesan sebarang ralat yang berlaku dalam atur cara HTML yang dibina
• Membina laman sesawang interaktif yang memaparkan Banner, Menu, Ruangan Komen, Frame dan Pull down menu
There is no chapter or topic to show
No live tuition recordings for this chapter yet.