Chapter 2: Hadis What you need to learn this chapter
What you need to learn in this chapter

Dalam bidang ini, kita akan mempelajari tentang hadis.

Hadis merujuk kepada perkataan, perbuatan atau persetujuan Nabi Muhammad SAW dan sumber hukum Islam selain daripada Al-Quran.

Hadis terdapat dua elemen penting iaitu sanad (rantai periwayatan) dan matan (isi kandungan). Kita juga akan mempelajari perbandingan antara hadis dengan Al-Quran serta perbandingan antara hadis Nabawi dan hadis Qudsi.

Selain itu, kita akan mempelajari dengan lebih lanjut berkenaan dengan ikhlas dalam kehidupan dan jihad dalam Islam melalui hadis.

Dengan mempelajari bidang hadis, kita akan lebih memahami sumber hukum Islam dan dapat mengaplikasikan nilai-nilai Islam dalam kehidupan kita.

Topics in this chapter

• Menyatakan maksud hadis, sanad dan matan
• Menjelaskan peranan hadis sebagai sumber hukum
• Menjelaskan pengelasan hadis dari aspek percakapan, perbuatan, pengakuan dan sifat
• Menerangkan perbandingan antara hadis dengan Al-Quran
• Menerangkan perbandingan antara hadis Nabawi dan hadis Qudsi
• Menyakini dan mengamalkan hadis sebagai sumber hukum secara beradab dan istiqamah

• Membaca hadis dengan betul
• Menyatakan terjemahan hadis
• Menyatakan maksud ikhlas
• Menjelaskan ciri-ciri orang yang ikhlas
• Menerangkan kepentingan ikhlas dalam sesuatu amalan
• Menghuraikan pengajaran hadis dan menghubungkaitkannya dengan kehidupan
• Mengamalkan ikhlas dalam amalan secara beradab dan istiqamah

• Membaca hadis dengan betul
• Menyatakan terjemahan hadis
• Menerangkan amalan yang diperintahkan dalam hadis
• Menyatakan maksud jihad dan hukumnya
• Menjelaskan jenis-jenis jihad dan keutamaannya
• Menerangkan kelebihan jihad
• Menghuraikan pengajaran hadis dan menghubungkaitkannya dengan kehidupan
• Mengamalkan jihad dalam kehidupan secara beradab dan istiqamah

There is no chapter or topic to show

Live Tuition Recordings Catch up on this chapter's live sessions

No live tuition recordings for this chapter yet.