Tips Mengajar Ketika Mengandung

Tips Mengajar Ketika Mengandung

Share this post

Kehamilan itu indah dan juga misteri bagi yang melaluinya. Ia juga aneh, menyakitkan dan tidak menyenangkan. Bagi guru yang sedang mengandung, kesakitan dan kepayahan yang dilalui berlipat ganda. Berikut merupakan tips seseorang guru perlu ambil kira untuk membantu mereka sepanjang sembilan bulan dalam kehamilan.

 

1.   Ikuti Jadual Perancangan Anda

Ini merupakan tips terpenting untuk ibu mengandung yang mengajar di sekolah. Berikan sepenuh perhatian pada pekerjaan anda dalam tempoh masa tertentu. Contohnya dari 7.00 pagi hingga 3.00 petang setiap hari. Selepas jam 3.00 petang, pastikan anda tidak bekerja seperti sepatutnya. Sekiranya ianya perlu diselesaikan, cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya pada 7.00 pagi keesokan harinya. Anda perlu meletakkan batasan terhadap pekerjaan anda supaya tidak merasa keletihan yang berganda akibat kehamilan. 

 

2.   Sentiasa Mempunyai Makanan Ringan

Semasa anda hamil, anda akan berasa lapar walaupun belum tiba waktu makan. Walaupun begitu dengan makan, anda akan cepat berasa keletihan. Oleh itu, praktikkan untuk simpan makanan ringan di meja guru anda. 

Tips lain adalah dengan makan makanan yang mengandungi protein yang tinggi Makanan seperti badam, telur rebus, dan yogurt akan membuatkan anda kenyang dengan lebih lama. Juga jangan lupa untuk sediakan atau bungkus makanan yang boleh di makan dengan cepat dan segera memandangkan kerjaya sebagai seorang guru yang sangat sibuk. 

 

3.   Cari Komuniti Para Ibu untuk Menyokong Anda

Cari kumpulan atau komuniti guru yang akan sentiasa menyokong anda. Mereka adalah orang yang akan memberikan nasihat dan sama-sama membantu anda melalui hari-hari yang sukar. Ia sangat membantu wanita yang hamil supaya anda tidak berasa keseorangan melalui hari-hari kehamilan. 

 

4.   Ambil Masa untuk Diri Sendiri

Sama ada berjalan, mengikuti kelas yoga atau menonton drama di dalam bilik, anda perlukan ‘Me Time’ setiap hari. Hari-hari anda yang sukar akan dikembalikan keseronokannya dengan mempunyai waktu sendirian Sekiranya anda tidak meluangkan masa untuk melakukan sesuatu untuk diri sendiri setiap hari, anda pasti akan menjadi cepat marah, kesal dan ingin memberotak Penjagaan diri adalah penting, lebih-lebih lagi ketika mengandung, penting untuk sentiasa berasa sihat. 

 

5.   Menyesuaikan Keadaan Kerja

  • Ambil masa untuk duduk seketika setelah lama berdiri mengajar.
  • Mengehadkan beban kerja anda.
  • Mencuba bekerja secara fleksibel, tidak secara berterusan.
  • Mencari tempat berehat dan berbaring untuk seketika sekiranya letih.
  • Menyediakan persekitaran peribadi yang selamat.

 

 

 

 

Rujukan

 

 

Tag Guru Mengandung

Prior knowledge

1.  Apakah yang anda lakukan untuk mengelakkan keletihan ketika mengajar semasa mengandung?

1. 

Apakah yang anda perlu lakukan untuk menyesuaikan keadaan kerja ketika mengandung?

Reflection

1.  Apakah yang anda akan lakukan sekiranya berasa lapar dan keletihan sepanjang masa kehamilan?
Loading...
Load lesson