Tip Meningkatkan Kehadiran Pelajar di Sekolah

Tip Meningkatkan Kehadiran Pelajar di Sekolah

Share this post

Persediaan

  1. Menawarkan inisiatif untuk menggalakkan kehadiran yang baik.
  2. Memastikan ganjaran yang ditawarkan bersesuaian dengan umur mereka.
  3. Berbincang dengan pengetua/guru besar sekolah dan meminta mereka menyediakan inisiatif yang menarik untuk meningkatkan kehadiran pelajar.
  4. Mencari kaedah altenatif untuk memberi ganjaran tanpa menggunakan wang.
  5. Memberi ganjaran seperti memberi makanan tengah hari khas, sijil atau penanda buku kepada pelajar yang mempunyai kehadiran yang baik.

Perhimpunan sekolah

  1. Mencadangkan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik setiap hari/setiap minggu bagi menggalakkan pelajar untuk hadir ke sekolah.
  2. Menerangkan pelajar akan terlepas peluang yang baik sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah.
  3. Menerangkan kepada pelajar sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah akan memberi kesan terhadap pembelajaran dan hubungan dengan kawan mereka.
  4. Membuat aktiviti yang menarik serta pertandingan di antara pelajar dan guru.
  5. Menggalakan guru mengambil bahagian di dalam pertandingan dan berkongsi kebaikan hadir ke sekolah.
  6. Membuat penilaian ketidakhadiran:

Jadual : Peratus kehadiran dan Bilangan terlepas pembelajaran

Cara pengiraan :

 1 hari = 5 pembelajaran

 Bilangan terlepas pembelajaran = 9 hari x 5 pembelajaran

                           = 45 pembelajaran

 

Formula pengiraan peratus kedatangan

Papan tanda sekolah

  1. Memaparkan nasihat-nasihat penting berkenaan kehadiran dan menepati masa.
  2. Memaparkan tarikh aktiviti atau pertandingan yang akan diadakan.
  3. Memaparkan peratusan ketidakhadiran.

Pelajar

  1. Menggalakan pelajar bersaing sesama sendiri.
  2. Memaparkan ganjaran di sekolah supaya pelajar berminat untuk mendapatkannya.
  3. Membacakan beberapa nama pelajar yang mendapat kehadiran yang baik semasa perhimpunan dan memberi tepukan gemuruh.
  4. Memastikan pelajar mendapat ganjaran sekiranya mereka mempunyai kehadiran yang baik.
  5. Memasukkan nama pelajar yang mempunyai kehadiran yang baik untuk memenangi cabutan bertuah.

Ibubapa / penjaga

  1. Menyebarkan surat pemberitahuan berkenaan aktiviti yang diadakan di sekolah termasuk tarikh dan terma dan syarat.
  2. Menghubungi atau berjumpa dengan ibubapa/penjaga sekiranya kehadiran anak mereka tidak memuaskan.
  3. Menghantar data mingguan pelajar melalui pesanan ringkas atau email kepada ibubapa/penjaga sekiranya memerlukan.
  4. Meminta surat rasmi berkenaan alasan pelajar yang tidak hadir ke sekolah.
  5. Membuat ibubapa/penjaga teruja berkenaan ganjaran yang ditawarkan kepada pelajar.
  6. Memastikan ibubapa/penjaga sentiasa memantau kehadiran anak mereka.

 

 

Tag tips Kehadiran

Prior knowledge

1.  Bagaimanakah untuk meningkatkan kehadiran pelajar di sekolah?

1. 

Yang manakah antara berikut bukan ganjaran diberikan kepada pelajar yang mempunyai kehadiran yang baik?

Reflection

1.  Bagaimana cara untuk anda mengatasi ketidakhadiran pelajar ke sekolah?
Loading...
Load lesson