TEKNIK MEMBACA UNTUK BELAJAR
			 
			
				Teknik membaca untuk belajar menentukan tahap pencapaian seseorang. 
				Teknik ini membantu murid untuk memahami teks dan mengingat maklumat yang terdapat dalam teks dan maklumat yang berkaitan dengan teks. 
				Antara teknik yang dicadangkan ialah:
				
					Teknik tinjauan 
					PORPE 
					Mencatat nota untuk belajar 
					PLEA 
					Bengkel internet 
				 
				 
			 
			 
			Artikel ini akan membincangkan tentang salah satu teknik membaca yang digunakan untuk belajar, iaitu teknik tinjauan 
			 
			
			TEKNIK TINJAUAN
			 
			Tujuan
			
				Menyediakan murid dengan sistem pendekatan membaca untuk membuat semakan awal bab kandungan. 
				Menyediakan guru dengan pendekatan tambahan untukdigunakan sebagai persediaan murid untuk membaca teks. 
			 
			 
			Pelaksanaan
			
				Menyediakan guru mata pelajaran dengan kaedah yang sistematik. 
				Memandu murid memahami kepentingan awal melakukan semakan awal sebelum membaca teks. 
			 
			 
			Langkah Prosedur
			
				Aukeman (1972) mencadangkan 6 langkah prosedur. 
				Teknik ini menjadi lebih mudah sekiranya kandungan bab disusun mengikut urutan yang berikut:
				
					Judul bab 
					Pengenalan 
					Tajuk utama dengan subtajuk 
					Ringkasan 
					Soalan-soalan 
					Latihan 
				 
				 
			 
			 
			Guru boleh mengadaptasikan langkah prosedur yang dinyatakan oleh Aukeman dengan cara yang dinyatakan di bawah ini.
			 
			1. Analisis Judul Bab 
			 
			
				Guru bertanyakan kepada murid selepas membaca teks bersama-sama. 
				Aktiviti ini boleh disertai murid tanpa mengira tahap kebolehan membaca. 
				Contoh soalan yang boleh dikemukan oleh guru:
				
					Apakah pendapat anda tentang perkara yang diceritakan oleh penulis? 
					Sejauh manakah anda mengetahui kandugan yang dibincangkan dalam topik ini? 
					Bagaimanakah kandungan bab ini berkaitan dengan bab yang telah dipelajari? 
				 
				 
			 
			 
			 
			2. Analisis Subtajuk 
			 
			
				Untuk membantu murid memahami keseluruhan judul bab, guru perlu menulis kesemua subtajuk di papan putih atau menayangkannya. 
				Teknik ini memerlukan murid untuk membentuk soalan. 
				Murid dikehendaki menukarkan semua subtajuk dalam bentuk soalan. 
				Penukaran soalan ini memudahkan murid untuk memahami tuuan spesifik pembacaan bagai setiap subtajuk tersebut. 
				Soalan boleh dibuat melalui sumbangsaran atau kumpulan kecil atau secara individu. 
				Guru mencatatkan cadangan murid di papan putih dan dibincangkan kesesuaiannya. 
				Aktiviti ini boleh dijalankan pada peringkat awal. 
				Teknik ini membantu murid untuk membaca dengan lebih berkesan, terutama apabila murid diarahkan untuk membaca dengan lebih terperinci. 
				Contoh soalan yang boleh dikemukakan oleh murid:
				
					Subtajuk: Kegunaan Air 
					Soalan: Apakah kegunaan air? 
				 
				 
			 
			 
			3. Analisis Visual 
			 
			
				Sebahagian murid tidak menghiraukan maklumat visual dan sebahagiannya pula tidak memiliki kemahiran untuk menterjemahkan maklumat dalam bentuk visual. 
				Memberi peluang kepada guru untuk menekankan murid tentang kepentingan visual. 
				Guru perlu mengajar murid kaedah untuk memperoleh maklumat daripada teks visual sekiranya perlu, terutamanya untuk murid yang belum mahir. 
				Kaedah yang biasa digunakan untuk menguji kefahaman murid tentang visual adalah melalui soalan. 
			 
			 
			 
			4. Perenggan Pengenalan 
			 
			
				Kebanyakan perenggan pertama dan perenggan kedua memperkenenalkan idea-idea penting dalam bab yang akan dibaca. 
				Guru boleh mengarahkan murid untuk membaca perenggan ini secara senyap sebelum perbincangan dimulakan. 
				Perbincangan dibuat untuk mengetahui bagaimana maklumat dalam perenggan pengenalan ini selari dengan tiga langkah sebelum ini. 
				Guru boleh bertanyakan soalan untuk memperoleh respons daripada murid. 
				Contoh soalan yang boleh dikemukakan:
				
					Boleh ceritakan bagaimanakah maklumat yang terdapat dalam perenggan pengenalan ini menyokong sebahagian daripada maklumat yang telah diperoleh semasa kita melakukan tinjauan bab ini? 
				 
				 
			 
			 
			 
			5. Perenggan Penutup 
			 
			
				Kebiasaannya perenggan penutup mengandungi ringkasan tentang isi kandungan tersebut 
				Pelajar akan memperoleh pengesahan tambahan tentang apa-apa yang diperoleh dengan membaca ringkasan tersebut sebelum melakukan pembacaan bab sepenuhnya secara terperinci. 
			 
			 
			 
			6. Mengesan Idea Utama 
			 
			
				Selain langkah 4 dan 5, Aukeman mencadangkan dengan membaca dan berbincang tentang maklumat dalam perenggan pengenalan dan perenggan penutup. 
				Seluruh kelas perlu berbincang dan membina sebuah pernyataan yang ringkas dan padat untuk menggambarkan idea utama bab tersebut. 
				Pernyataan boleh ditulis di papan tulis supaya dapat dilihat oleh semua pelajar. 
			 
			 
			Rujukan 
			Modul Keterampilan Membaca 
			 
		 
	 
 
                                
                                Tag 
                                                                            Membaca  
                                                                            Tinjauan  
                                                                            Perenggan  
                                                                            Pengenalan  
                                                                            Penutup  
                                                                    
                                                                    
                                        Prior knowledge
                                     
                                     
                                                                                                                
                                            
                                                
                                                    1.  
                                                    Nyatakan satu (1) teknik membaca untuk belajar selain teknik tinjauan
                                                 
                                            
                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                         
                                                                
                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                         
                                                                                                                                                                            
                                     
                                     
                                                                            
                                            1.  
                                            Cara manakah yang tidak termasuk dalam langkah prosedur yang dicadangkan oleh Aukeman?
                                         
                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
                                        Reflection
                                     
                                     
                                                                                                                
                                            
                                                
                                                    1.  
                                                    Nyatakan aktiviti yang boleh dilakukan dalam mengesan idea utama?