Teknik Membaca Untuk Belajar: Bengkel Internet

Teknik Membaca Untuk Belajar: Bengkel Internet

Share this post

TEKNIK MEMBACA UNTUK BELAJAR

 

  • Teknik membaca untuk belajar menentukan tahap pencapaian seseorang.
  • Teknik ini membantu murid untuk memahami teks dan mengingat maklumat yang terdapat dalam teks dan maklumat yang berkaitan dengan teks.
  • Antara teknik yang dicadangkan ialah:
    • Teknik tinjauan
    • PORPE
    • Mencatat nota untuk belajar
    • PLEA
    • Bengkel internet

 

Artikel ini akan membincangkan tentang salah satu teknik membaca yang digunakan untuk belajar, iaitu bengkel internet.

 

 

BENGKEL INTERNET

 

  • Merupakan satu strategi membaca untuk mendapatkan maklumat daripada internet.
  • Sesuai digunakan kerana mudah dilaksanakan, mudah disesuaikan dalam jadual pengajaran mana-mana kelas tanpa mengorbankan satu lagi elemen kurikulum.
  • Terdiri daripada bacaan yang bebas berdasarkan maklumat di Internet dan diakhiri dengan sesi bengkel yang singkat.
  • Murid berkongsi dan bertukar idea semasa aktiviti melakukan kerja mereka di Internet.
  • Bengkel internet membenarkan murid untuk belajar tentang maklumat kandungan, kemahiran literasi kritikal, dan literasi teknologi baharu internet.
  • Direka berdasarkan 3 tema.
    • Literasi lahir daripada peristiwa khusus. Ini disebabkan pelbagai kemunculan teknologi baharu seperti komputer.
    • Kemunculan hasil literasi hasil daripada perubahan teknologi.
    • Kaedah pembelajaran untuk belajar melanjutkan literasi baharu apabila ianya menjadi kritikal.

 

 

Kaedah Pelaksanaan

 

  • Bengkel ini memerlukan murid untuk membaca internet secara individu.
  • Boleh dilaksankan dengan menggunakan langkah-langkah ini iaitu tetapkan tapak internet, tetapkan aktiviti, selesaikan aktiviti carian dan kongsikan dapatan.
  • Murid perlu merujuk tapak internet dengan guru.
  • Guru perlu memastikan bahawa tapak internet yang diberikan itu berkaitan dengan unit pelajaran yang dipelajari.
  • Guru perlu membuat penanda (bookmark) supaya carian yang dilakukan terbatas pada maklumat yang dikehendaki.

 

Rujukan

Modul Keterampilan Membaca

 

Tag Membaca Bengkel Internet

Prior knowledge

1.  Nyatakan satu (1) teknik membaca untuk belajar lain yang anda tahu selain bengkel internet.

1. 

Antara berikut, yang manakah bukan sebab bengkel internet direka?

Reflection

1.  Nyatakan satu (1) kaedah pelaksanaan teknik bengkel internet.
Loading...
Load lesson