TEKNIK MEMBACA SECARA KRITIKAL 
			 
			
				Melibatkan pemikiran secara kritis dan analitik. 
				Bertujuan untuk mentafsir, menilai dan merenung kembali maklumat yang dibaca. 
				Merupakan bacaan secara teliti dan mendalam. 
				Bertujuan menjawab soalan bagaimana dan mengapa dengan lebih mendalam. 
				Digunakan untuk menilai, mentafsir, membanding, mendefinisikan, dan memberi huraian. 
				Kebiasaannya sebelum membaca secara krtikal, fahami soalan ang perlu dijawab terlebih dahulu dan ingatkan soalan-soalan tersebut semasa membaca. 
				Terdapat beberapa teknik membaca secara kritikal:
				
					Teknik Bertanya Kepada Penulis 
					Teknik KWL 
					Teknik Preview Teks 
					Teknik Prosedur Request 
					Teknik Hubungan Soal Jawab 
					Teknik Pengajaran Eksplisit. 
					Teknik Berfikir Bersuara 
					Teknik Menerap Imej 
					Teknik Dialog 
				 
				 
				Dalam artikel ini, teknik yang akan anda ketahui adalah Teknik Menerap Imej.   
			 
			 
			
			TEKNIK MENERAP IMEJ 
			
				Merupakan satu prosedur yang bertujuan untuk membantu pelajar menjana imej mental mengenai teks yang dibaca bagi meningkatkan kefahaman mereka. 
				Teknik ini menekankan tiga perkara asas iaitu: 
				Model guru 
				Latihan berpandu 
				Latihan Kendiri 
			 
			 
			Perkara asas yang ditekankan ini diterjemahkan ke dalam langkah pelaksanaan seperti berikut:
			 
			Langkah 1 
			
				Perkenalkan apa, mengapa dan bagaimana menggunakan menerap imej 
			 
			
				Memberi penjelasan bahawa menerap imej merupakan strategi membacayang dapat memandu pelajar memahami perkara yang dibaca. (apa) 
				Memaklumkan pelajar untuk membuat gambaran secara mental mengenai perkara yang dibaca bagi membantu mereka mengingati perkara tersebut. (mengapa) 
				Memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara melaksanakan menerap imej dan kemudian pelajar akan melakukannya sendiri tanpa bantuan guru. (bagaimana) 
			 
			 
			Langkah 2   
			Pilih teks berbentuk diskriptif iaitu yang mempunyai kepanjangan kira-kira 100 patah perkataan dan bacakan teks tersebut dengan kuat.
			 
			Langkah 3 
			
				Berikan tunjuk ajar mengenai cara penggunaan strategi yang betul kepada pelajar. Guru haruslah melakukan teknik berfikir dan bersuara serta berkongsi pengetahuan sedia ada mengenai teks yang dibaca kepada pelajar. Hal ini sering berlaku apabila terdapat perkataan yang menarik di dalam teks. 
			 
			 
			Langkah 4  
			 
			
				Bekalkan latihan berpandu dengan mengarahkan pelajar untuk menghuraikan imej yang berada di fikiran mereka ketika membaca teks secara lantang. Berikan galakkan kepada pelajar untuk mencatat persamaan dan perbezaan yang mereka perolehi berdasarkan imej-imej yang dikemukakan oleh pelajar lain. 
			 
			 
			Langkah 5  
			 
			
				Berikan sokongan ketika pelajar melakukan latihan kendiri. 
				Pelajar bekerja secara berpasangan bagi membaca teks dengan senyap. 
				Pelajar diarahkan untuk bercerita dengan pasangan mereka secara bergilir mengenai imej-imej yang difikirkan dan punca kepada imej tersebut. 
				Kemudian, pasangan pelajar perlu membincangkan tentang persamaan dan perbezaan imej mental yang diceritakan. 
				Guru memberikan panduan dari masa ke semasa agar pelajar dapat menjalankan aktiviti tanpa bantuan daripada guru. 
			 
			 
			Langkah 6 
			
				Sediakan latihan kendiri kepada pelajar. Apabila pelajar sudah mahir untuk menggunakan teknik menerap imej ini, berikan peluang kepada pelajar untuk menggunakan strategi ini bersama teks-teks lain. 
			 
			 
			Rujukan 
			Modul Keterampilan Membaca 
			 
		 
	 
 
                                
                                Tag 
                                                                            Pelaksanaan  
                                                                            Langkah  
                                                                            Membaca  
                                                                            Kritikal  
                                                                    
                                                                    
                                        Prior knowledge
                                     
                                     
                                                                                                                
                                            
                                                
                                                    1.  
                                                    Nyatakan teknik membaca secara kritikal selain teknik menerap imej?
                                                 
                                            
                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                         
                                                                
                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                         
                                                                                                                                                                            
                                     
                                     
                                                                            
                                            1.  
                                            Berapakah langkah yang terdapat dalam pelaksanaan teknik menerap imej?
                                         
                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
                                        Reflection
                                     
                                     
                                                                                                                
                                            
                                                
                                                    1.  
                                                    Nyatakan langkah 6 dalam pelaksanaan teknik menerap imej.