Teknik Membaca Secara Kritikal: Teknik Hubungan Soal-Jawab

Teknik Membaca Secara Kritikal: Teknik Hubungan Soal-Jawab

Share this post

TEKNIK MEMBACA SECARA KRITIKAL

 

  • Melibatkan pemikiran secara kritis dan analitik.
  • Bertujuan untuk mentafsir, menilai dan merenung kembali maklumat yang dibaca.
  • Merupakan bacaan secara teliti dan mendalam.
  • Bertujuan menjawab soalan bagaimana dan mengapa dengan lebih mendalam.
  • Digunakan untuk menilai, mentafsir, membanding, mendefinisikan, dan memberi huraian.
  • Kebiasaannya sebelum membaca secara krtikal, fahami soalan ang perlu dijawab terlebih dahulu dan ingatkan soalan-soalan tersebut semasa membaca.
  • Terdapat beberapa teknik membaca secara kritikal:
    • Teknik Bertanya Kepada Penulis
    • Teknik KWL
    • Teknik Preview Teks
    • Teknik Prosedur Request
    • Teknik Hubungan Soal-Jawab
    • Teknik Pengajaran Eksplisit.
    • Teknik Berfikir Bersuara
    • Teknik Menerap Imej
    • Teknik Dialog
  • Dalam artikel ini, teknik yang akan anda ketahui adalah Teknik Hubungan Soal-Jawab.

 

 

 

TEKNIK HUBUNGAN SOAL – JAWAB

 

  • Teknik hubungan soal-jawab (Question-Answer Relationships – QARs) ini dicipta sebagai prosedur untuk meningkatkan keupayaan pelajar menjawab soalan pemahaman.
  • Teknik ini dilaksanakan dengan memberikan makna-makna secara sistematik kepada pelajar supaya mereka dapat memahami kehendak soalan yang berlainan dengan mudah. 
  • Sesuai digunakan oleh pelbagai peringkat umur pelajar.
  • Pelajar perlu dilatih supaya mereka menjadi mahir untuk menggunakan teknik ini.
  • Raphael (dalam Tierney & Readence, 1998) mencadangkan empat langkah pengajaran yang boleh digunakan untuk menganalisis kehendak soalan, iaitu:
  • Memberi maklum balas dengan segera
  • Bergerak secara perlahan daripada teks pendek ke teks yang lebih panjang
  • Mulakan dengan bertanyakan soalan yang mengandungi satu kehendak sahaja
  • Bergerak kepada soalan-soalan yang memerlukan pelajar melaksanakan pelbagai tugasan di dalamnya

 

  • Kegunaan Teknik QARs
  • Dapat menunjukkan dengan jelas hubungan antara soalan dan jawapan yang diberikan.
  • Membahagikan soalan mengikut kategori jenis dan tahap.
  • Memudahkan pelajar menganalisis, memahami dan bertindak balas terhadap konsep teks yang dibaca.
  • Membuktikan kepada pelajar bahawa teks tidak semestinya akan mempunyai semua jawapan yang mereka hendaki.

 

  • Peringkat Perlaksanaan QARs
  • Di situ QARs – Pelajar boleh melihat jawapan yang dinyatakan di dalam teks. Perkara ini selalunya terjadi apabila soalan dan jawapan berkaitan berada di dalam satu ayat yang sama.
  • Fikir dan Cari QARs – Pelajar perlu menggabungkan beberapa bahagian di dalam teks untuk mencari jawapan kerana tiada jawapan akan dinyatakan secara terang-terangan di dalam teks tersebut.
  • Saya dan Pengarang QARs – Pelajar akan sedar bahawa tiada jawapan dinyatakan di dalam teks. Oleh yang demikian, mereka perlu memikirkan perkara yang mereka ketahui dan perkara yang dikemukakan oleh pengarang berdasarkan teks yang dibaca. Kemudian, pelajar perlu menggabungkan perkara-perkara tersebut bagi mencari jawapan.
  • Saya Secara Sendirian QARs – Pelajar diperkenalkan dengan cara bertanyakan soalan sebelum memulakan proses pembacaan. Peringkat ini dilaksanakan bertujuan untuk mengakses pengetahuan sedia ada pelajar tentang bahan yang dibaca. Membina soalan ketika proses pembacaan dilakukan adalah perkara penting kerana ianya akan mengimbangi soalan- soalan berasaskan teks dan soalan- soalan berkaitan inferens teks.

 

Rujukan

Modul Keterampilan Membaca

 

 

Tag Membaca Kritikal Soal Jawab

Prior knowledge

1.  Nyatakan salah satu teknik membaca secara kritikal.

1. 

Yang manakah bukan antara empat langkah yang dicadangkan oleh Raphael?

Reflection

1.  Nyatakan salah satu kegunaan Teknik QARs.
Loading...
Load lesson