TEKNIK MEMBACA LANTANG (READ ALOUD) 
			 
			1. Bacaan Lantang
			 
			
				Membaca secara lantang merupakan satu cara berkomunikasi. 
				Bukan satu pengajaran pemahaman bacaan tetapi aktiviti untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi. 
				Juga merupakan cara menyampaikan maklumat atau hiburan kepada pendengar. 
				Kanak-kanak menjadi pendengar dan respon kepada bacaan guru. 
				Sesuai dijalankan kepada murid-murid yang belum boleh membaca 
				Teks yang dibaca itu tidak semestinya kanak-kanak tahu dan faham. 
			 
			 
			 
			2. Waktu Bacaan Lantang
			 
			
				Permulaan kelas atau di akhir pengajaran dan pembelajaran (PdP) selama 5 hingga 10 minit. 
				Selingan kepada aktiviti atau PdP lain. 
				Sebagai aktiviti tambahan dan sampingan 
			 
			 
			 
			3. Kelebihan Membaca Lantang
			 
			
				Memberikan pendedahan awal kepada murid-murid. 
				Meningkatkan perbendaharaan kata dan asas kosa kata. 
				Meningkatkan daya ingatan dan kemahiran membaca 
				Meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap pengajaran literasi. 
			 
			 
			 
			4. Strategi Melaksanakan Membaca Lantang
			 
			Terdapat empat strategi dalam melaksanakan membaca secara lantang ini iaitu:
			
				
				
					Ulang dan membaca serentak 
					Membaca radio 
					Membaca gema 
					Teater membaca 
				 
				 
			 
			 
			Dalam artikel ini, tumpuan utama diberikan kepada teknik membaca secara lantang melalui strategi Ulang dan Membaca Serentak. 
			
			STRATEGI ULANG DAN MEMBACA SERENTAK 
			 
			
				Memberi peluang kepada murid berlatih membaca dengan ekspresi yang betul. 
				Sangat berguna untuk membaca secara kelas. 
				Menggalakkan murid membaca perkataan atau ayat itu secara berulang-ulang sehingga murid mahir dengan bahan bacaan itu dan kemudiannya dibaca secara serentak dan beramai-ramai di dalam kelas. 
				Meningkatkan kelancaran membaca kerana ianya memberi peluang kepada murid unuk membaca teks secara berulang-ulang sehingga mencapai kelancaran yang diingini. 
				Meningkatkan kefasihan dalam membaca secara menyeluruh. 
				Dapat meningkatkan kefasihan, kefahaman dan kelancaran membaca dengan membaca petikan dengan kuat. 
			 
			 
			 
			Dua langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan teknik ulang dan membaca serentak:
			 
			1. Membangunkan kepekaan terhadap irama
			 
			
				Guru perlu menunjukkan cara membaca teks yang berbeza dengan menggunakan irama yang berbeza seperti membaca puisi. 
				Tunjukkan cara membaca dengan ekspresi yang betul untuk teks yang berbeza supaya dapat membantu murid memahami apa yang mereka baca. 
				Guru perlu melatih pembacaan lantang secara ansur maju bermula dengan teks yang pendek kepada teks yang lebih panjang. 
				Guru perlu peka ketika memilih bahan yang dapat memberi murid pengalaman membaca yang mempunyai irama yang berbeza. 
			 
			 
			 
			2. Pemilihan
			 
			
				Merujuk kepada bagaimana bahan digunakan dan dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang akan dibaca oleh pelajar dalam kelas. 
				Lima cara untuk membahagikan bahan –bahan yang digunakan:
				
					Baris ulang – terdiri daripada puisi yang mengandungi bahagian korus yang boleh diulang-ulang baca. 
				 
				 
			 
			 
			
				Dialog – terdiri daripada puisi yang mengandungi dialog yang berbentuk soal jawab. 
			 
			 
			
				Barisan koir – proses yang membolehkan tiga orang pelajar membaca secara berirama dalam bentuk koir. 
			 
			 
			
				Himpunan – proses yang membolehkan pelajar membaca sesuatu bahan dengan keadaan suara yang memuncak. 
			 
			 
			
				Pemaduan – proses terakhir yang menyatukan semua pelajar membaca setiap barisan bersama-sama 
			 
			 
			Rujukan 
			Modul Keterampilan Membaca 
			Aktiviti Membaca Lantang Dapat Meningkatkan Motivasi Kanak-Kanak Untuk Menguasai Kemahiran Membaca 
			 
		 
	 
 
                                
                                Tag 
                                                                    
                                                                    
                                        Prior knowledge
                                     
                                     
                                                                                                                
                                            
                                                
                                                    1.  
                                                    Siapakah tumpuan utama untuk menggunakan teknik membaca lantang ini?
                                                 
                                            
                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                         
                                                                
                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                         
                                                                                                                                                                            
                                     
                                     
                                                                            
                                            1.  
                                            Terdiri daripada puisi yang mengandungi bahagian korus yang boleh diulang-ulang baca merupakan cara-cara untuk membahagikan bahan menggunakan
                                         
                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
                                        Reflection
                                     
                                     
                                                                                                                
                                            
                                                
                                                    1.  
                                                    Nyatakan dua (2) langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan teknik ulang dan membaca serentak.