Apakah itu Sutori?
			Sutori  merupakan aplikasi yang boleh menggabungkan nota, video, gambar dan latihan  di dalam satu muka surat persembahan. Ia juga boleh ditukarkan dalam bentuk PDF. Pelbagai template sedia ada yang anda boleh gunakan mengikut topik yang ingin dibicangkan. Berikut merupakan beberapa langkah untuk menggunakan Sitori:
			 
			Langkah-langkah:
			 
			
				Taip ‘Sutori.com ’ di carian google. 
				Tekan ‘Sign Up ’ untuk mendaftar akaun Sutori dan masukkan maklumat yang dikehendaki. 
				Pilih ‘I’m Over 13 ’, tandakan ‘I agree to… ’ dan tekan ‘Continue ’. 
				Pilih ‘Educator ’. 
				Pilih ‘Teacher ’ dan pilih peringkat sekolah yang anda ajar. Kemudian tekan ‘Continue ’. 
				Pilih ‘Create Story ’ atau anda boleh pilih template yang sedia ada. kemudian pilih ‘Blank ’ 
				Masukkan tajuk dan pengenalan. 
				Masukkan topik pertama dan tekan ikon ‘+ ’ pilih ‘Text ’ atau anda boleh pilih mengikut kreativiti. 
				Untuk menambah topik yang kedua, tekan ikon ‘+ ’ dan pilih ‘Heading ’. 
				Masukkan tajuk untuk topik kedua. Kemudian tekan ikon ‘+ ’ dan pilih ‘image ’ sekiranya ingin memasukkan gambar. 
				Pilih ‘Video ’ sekiranya ingin memasukkan video. Kemudian, pilih ‘Youtube ’ unruk memuat naik video daripada youtube dan taip topik yang dibicangkan pada kotak carian. 
				Pilih ‘Matching Quiz ’ sekiranya ingin memasukkan kuiz. 
				Masukkan arahan dan soalan berkenaan topik. 
				Setelah selesai, tekan ‘present ’ untuk melihat paparan dalam bentuk perbentangan. 
				Untuk kongsikan bahan anda kepada pelajar, tekan ‘share ’ dan tekan ‘copy ’. Kemudian kongsikan link tersebut kepada pelajar. 
			 
			 
			Berikut merupakan video tutorial:
			
			 
			Rujukan 
			Mudah Mengajar Dengan Sutori 
			 
		 
	 
 
                                
                                Tag 
                                                                            Kuiz  
                                                                            Sutori  
                                                                            Aplikasi  
                                                                            Nota  
                                                                            Latihan  
                                                                    
                                                                    
                                        Prior knowledge
                                     
                                     
                                                                                                                
                                            
                                                
                                                    1.  
                                                    Aplikasi apakah yang selalunya anda gunakan untuk menggabungkan nota dan latihan pembelajaran?
                                                 
                                            
                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                         
                                                                
                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                         
                                                                                                                                                                        
                                        Reflection
                                     
                                     
                                                                                                                
                                            
                                                
                                                    1.  
                                                    Apakah gabungan yang boleh dibuat menggunakan Sutori di dalam satu paparan?