Apakah itu SlideShare?
SlideShare mengandungi lebih daripada 18 juta infografik, video, dokumen dan pembentangan (presentation). SlideShare menyediakan peluang kepada pengguna seperti:
- Memupuk peluang untuk membantu orang lain yang menambahkan ilmu.
- Membina reputasi dengan kandungan visual yang menarik.
- Meningkatkan potensi carian dengan lebih 70 juta orang pengguna.
Langkah 1: Daftar Akaun
Langkah 2: Beritahu Dunia Siapa Anda
- Tambah maklumat tentang diri anda supaya pengguna boleh mencari dan mengenali anda dengan lebih mudah.
- Klik Account Setting
Langkah 3: Berikan Kandungan yang Sewajarnya
- Sambungkan akaun media sosial anda yang lain di Account Settings-Sosial untuk membantu menaikkan bilangan pengguna ke akaun ada.
- Apabila anda menyambungkan akaun, anda akan dapat melihat dan berkongsi aktiviti SlideShare ke akaun media sosial yang lain.
Langkah 4: Dapatkan Inspirasi Daripada Profesional
- Lihat kandungan mereka yang lain untuk mendapatkan idea untuk kandungan pertama anda.
Langkah 5: Kongsikan Pengetahuan Anda dan Capai Lebih 70 Juta Pengguna
- Klik Upload-Select files to upload
- SlideShare menyokong pembentangan (presentation), infografik dan dokumen. Anda boleh memuatnaik dalam bentuk PDFs, PowerPoints, Word Documents, OpenOffice presentations dan sebagainya.
- Tambah fail melalui Dropbox, Google Drive, Gmail dan sebgainya. Pergi ke slideshare.net/upload
- Tidak boleh berfikir untuk memuatnaik kandungan apa? Pergi ke http://www.slideshare.net/what-to-upload-at-slideshare untuk idea.
Langkah 6: Optimumkan Kandungan Anda
- 70% daripada pengguna menerokai Slideshare menerusi carian. Pastikan anda meletakkan tajuk, penerangan dan kata kunci supaya pengguna lebih mudah menjumpai kandungan-kandungan anda.
Langkah 7: Tarik Lebih Ramai Pengguna dengan Sambungkan dan Kongsikan ke Media Sosial.
Langkah 8: Gunakan SlideShare Analytics untuk Meningkatkan Strategi Kandungan Anda.
- Apabila anda sudah berada di SlideShare, semak semua bagaimana prestasi anda di SlideShare Analytics. Carian tertumpu kepada:
- Taburan Geografi: Dari mana pengunjung anda datang.
- Sumber Trafik: Bagaimana pengunjung menjumpai kandungan anda.
- Masa: Bilakah SlideShares anda mempunyai ramai pengunjung.
Perlukan Bantuan untuk Memuatnaik Kandungan di SlideShare?
- SlideShare merupakan rakan kongsi Haiku Deck yang membolehkan anda membina kandungan dengan lebih mudah. Pergi ke www.slideshare.net/create untuk bantuan.
Petua untuk Memuatnaik di SlideShare
- Pastikan tajuk dan penerangan kuat dan gah supaya pembaca atau pengguna ingin lebih mengetahui tentang isi kandungan anda.
- Kandungan visual menyediakan 60, 000 kali capaian minda lebih cepat berbanding tulisan.
- Pastikan kandungan anda mudah difahami.
- Kongsikan dan terus kongsikan untuk menambah bilangan pengunjung ke SlideShare anda.
Rujukan
Getting Started With SlideShare
|