| 
			 Terdapat tiga aspek dalam pengajaran Matematik iaitu kemahiran mengira, kefahaman konsep, dan penyelesaian masalah. Tiap-tiap aspek pengajaran ini Matematik ini memerlukan pendekatan pengajaran yang berlainan. 
			Dalam pengajaran penyelesaian masalah, matlamat pendedahan adalah untuk menolong pelajar mempelajari prosedur penyelesaian masalah. Terdapat empat prosedur seperti berikut: 
			1.   Pemahaman masalah – kesedaran tentang masalah yang mendorong seseorang itu menyatakan masalah secara tulisan, lisan atau memikirkannya. 
			2.  Merancang bagaimana masalah hendak diselesaikan 
			
				- Memecahkan maklumat kepada komponen-komponen; menomborkan data, dan mengasingkan perkara yang tidak diketahui.
 
				- Mengingat semula maklumat tertentu: kaitkan ciri-ciri yang ketara dengan prosedur-prosedur penyelesaian yang mungkin.
 
				- Membentuk hipotesis atau idea am tentang bagaimana penyelesaian hendak dijalankan.
 
			 
			3.   Menyelesaikan masalah 
			
				- Menukar kenyataan masalah itu kepada bentuk Matematik, atau bentuk perwakilan yang sesuai.
 
				- Menganalisis kenyataan yang berkaitan kepada masalah kecil yang mana penyelesaian dapat diperolehi serta-merta.
 
				- Mencari penyelesaian.
 
			 
			4.   Melihat semula masalah dan penyelesaian 
			
				- Menyemak penyelesaian yang telah diperoleh.
 
				- Menentukan dan mengesahkan sama ada penyelesaian itu betul atau tidak; jika tidak, tolak cara penyelesaian yang diperoleh.
 
				- Menentukan cara lain untuk menyelesaikannya.
 
			 
			 
			CIRI-CIRI SEORANG PENYELESAI MASALAH YANG BAIK  
			Ciri-ciri seorang penyelesai masalah yang baik adalah seperti berikut: 
			
				- Kemampuan untuk memahami konsep-konsep dan istilah Matematik.
 
				- Kemampuan untuk memperhatikan persamaan, perbezaan dan analogi-analogi.
 
				- Kemampuan mengenal unsur-unsur kritikal dan memilih prosedur yang tepat.
 
				- Kemampuan untuk memerhatikan butir-butir yang tidak relevan.
 
				- Kemampuan untuk membuat anggaran dan analisis.
 
				- Kemampuan untuk membuat pengaman berdasarkan beberapa contoh sahaja.
 
				- Kemampuan untuk menukar kaedah dengan cepat.
 
			 
			Konsep dan istilah Matematik hendaklah diterangkan dengan jelas. Pelajar-pelajar perlu diterangkan cara-cara untuk mengenal unsur-unsur kritikal, memperhatikan perkara yang tidak relevan serta latihan untuk membuat anggaran.  
			 
			KEPENTINGAN PENYELESAIAN MASALAH 
			Kemahiran menyelesaikan masalah diyakini memberi kebaikan seperti berikut: 
			
				- Membantu seseorang individu berfikir secara rasional dan analitis.
 
				- Membantu seseorang individu membuat keputusan kerana pengetahuan dalam Matematik membolehkannya mengumpul, menganalisis maklumat dan membuat deduksi.
 
			 
			
			  
			 |