Guru juga seperti kebanyakan pekerja profesional yang lain, tidak mempunyai kemewahan dalam berpakaian seperti mana yang mereka inginkan. Seperti mana yang kita ketahui, penampilan luaran seseorang cenderung menunjukkan tanggapan yang kuat.
Namun begitu, guru tidak seharusnya dinilai berdasarkan cara pemakaian mereka sahaja. Setiap hari guru akan berdepan dan bekerjasama dengan pentadbir, pelajar, keluarga, dan guru lain. Maka, guru harus memastikan mereka dapat memberikan kerjasama yang terbaik dengan semua pihak. Oleh itu, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh guru adalah dengan memastikan pakaiannya mengikut etika.
Profesionalisme, kepraktisan dan keselesaan merupakan faktor utama dalam pemilihan pakaian guru. Kod pakaian boleh berbeza-beza mengikut sekolah tetapi terdapat beberapa peraturan umum yang perlu dipatuhi.
Keperluan sebagai guru untuk memakai pakaian yang selesa serta berketerampilan adalah:
- Untuk merasa selesa sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
- Kekemasan dan kebersihan diri.
- Pelajar akan berasa seronok berada di kalangan guru yang bersih serta kemas.
- Mengelakkan menjadi buah mulut rakan sekerja dan para pelajar.
- Meningkatkan tahap keyakinan diri.
- Sentiasa bersedia berhadapan dengan pelajar.
1. Elakkan Daripada Memakai Pakaian yang Ketat, Ramping dan Mendedahkan
Elakkan memakai seluar yang terlalu ketat tidak kira apa jua bentuk badan anda dan jangan sesekali mengenakan pakaian yang mempunyai potongan yang terlalu singkat. Perkara ini perlu diberi penekanan yang tinggi bagi semua bidang professional sekalipun. Walaupun kita tidak perlu berasa malu dalam memakai pakaian yang diinginkan, tetapi guru haruslah mengelakkan daripada memakai pakaian yang tidak sesuai secara objektif dan pakaian yang terlalu seksi di sekolah.
2. Pilih Kasut yang Selesa
Elakkan daripada memilih kasut yang akan menyakitkan kaki apabila dipakai selama lapan jam atau lebih. Hal ini kerana guru akan menghabiskan sebahagian besar hari mereka dengan berdiri dan bahkan berlutut. Oleh itu, kasut yang mempunyai tumit tinggi tidak sesuai untuk digunakan bagi jangka masa yang panjang.
Bukan itu sahaja, guru juga harus elakkan diri daripada memakai kasut dan selipar yang terlalu kasual kecuali di luar waktu persekolahan. Manakala pada waktu persekolahan, guru digalakkan untuk memakai kasut yang selesa.
3. Memilih Warna yang Sesuai dan Berpadanan
Jika mengikuti fenomena fesyen yang terkini, guru merupakan antara yang tidak terlepas untuk bergaya kerana mereka mengenakan pakaian yang berlainan daripada pekerjaan lain. Pekerjaan lain kebanyakannya mengenakan uniform yang sama dan seragam bagi semua pekerja.
Pastikan warna yang dipadankan daripada atas hingga ke bawah adalah sesuai dan berpadanan. Elakkan berpakaian lebih daripada dua warna, contohnya tudung berwarna oren, baju kurung berwarna ungu dan kot berwarna merah. Kombinasi warna yang berlainan ini akan menimbulkan stress bukan hanya pada diri anda, malah pada orang yang berada di sekeliling anda.
4. Tinggalkan Perhiasan dan Aksesori Mahal di Rumah
Seperti mana yang kita ketahui, mengajar merupakan salah satu pekerjaan secara langsung. Oleh itu, guru tidak digalakkan memakai barang berharga bagi mengelakkan daripada kejadian buruk berlaku seperti kecurian barang perhiasan atau jam tangan yang berharga.
Disebabkan guru bekerja dengan pelajar yang muda, maka elakkan daripada memakai perhiasan yang mudah dirampas. Perlu diingati sekiranya perhiasan rosak atau hilang, pemilik tersebut haruslah bertanggungjawab sendiri.
Rujukan
Tips for Dressing Like A Professional Teacher
|