Perbezaan Kata Kerja Aktif Transitif dan Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap dengan Proses Pempasifan

Perbezaan Kata Kerja Aktif Transitif dan Kata Kerja Aktif Tak Transitif Berpelengkap dengan Proses Pempasifan

Share this post

KATA KERJA AKTIF
Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek sebagai unsur yang diterangkan. Ayat di bawah ialah contoh ayat aktif yang mengandungi kata kerja aktif. 


Berdasarkan contoh di atas, kita dapat lihat bahawa kata kerja aktif “merebus” telah menerangkan perbuatan yang dilakukan oleh subjek, iaitu “ibu”. Ayat aktif yang mengandungi kata kerja aktif juga boleh mengandungi penerangan seperti “di dapur” dalam ayat di atas untuk memberi maklumat tambahan. Namun, penggunaan tidak dimestikan dan bergantung kepada ayat yang dibina oleh seseorang. Kata kerja aktif terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

  1. Kata kerja aktif transitif
  2. Kata kerja aktif tak transitif

 

KATA KERJA AKTIF TRANSITIF
Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek selepasnya. Objek tersebut terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Jika kehadiran objek tidak wujud selepasnya, maksud ayat akan menjadi tidak lengkap. Ayat di bawah ialah contoh ayat aktif yang mengandungi kata kerja aktif transitif.


KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF
Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek selepasnya. Kata kerja aktif tak transitif terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

  1. Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap
  2. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap

 

Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa kehadiran objek atau penyambut. Ayat di bawah ialah contoh ayat aktif yang mengandungi kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap.


Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menerangkan atau melengkapkan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut seperti yang diperlukan oleh kata kerja aktif transitif. Satu cara yang boleh membantu pelajar membezakan pelengkap dengan objek atau penyambut ialah, pelengkap tidak boleh dipasifkan. Manakala, objek atau penyambut tidak boleh dipasifkan. Ayat di bawah ialah contoh ayat aktif yang mengandungi kata kerja aktif tak transitif berpelengkap.


Pelengkap yang dianggap sebagai objek atau penyambut dalam Ketiga-tiga contoh ayat aktif ini tidak boleh dipasifkan. Jika dipasifkan, ayat-ayat yang terhasil tidak sempurna seperti contoh di bawah.

  • Baik diansurkan oleh keadaan ibunya.
  • Guru dijadikan oleh Nazli.
  • Ke kiri dibelok oleh kereta. 

Manakala, objek atau penyambut yang terdapat dalam ayat aktif yang mengandungi kata kerja aktif transitif seperti contoh di atas boleh dipasifkan seperti contoh di bawah.

  • Kentang direbus oleh ibu.
  • Bola ditendang oleh Muhsin.
  • Baju dijahit oleh kakak. 
     

 

Rujukan:

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Tag Sekolah Rendah sekolah menengah tatabahasa

Prior knowledge

1.  Apakah kaedah yang sesuai untuk membantu pelajar membezakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap?
2.  Adakah pelajar sering keliru dengan kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap?
3.  Adakah formula ini akan membantu pelajar anda memahami dan mengingati cara membezakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap dengan proses pempasifan yang diterangkan?

1. 

Proses pempasifan merujuk?

Loading...
Load lesson