Perbezaan ejaan ‘di’ dengan Teknik Penjenisan

Perbezaan ejaan ‘di’ dengan Teknik Penjenisan

Share this post

Lazimnya, pelajar sering keliru dengan cara ejaan ‘di’ yang ditulis rapat dan ejaan ‘di’ yang ditulis terpisah. Memandangkan terdapat sebilangan besar buku rujukan tidak menjeniskan ‘di’ dan menjelaskan fungsinya secara bersama, guru perlu memberitahu kepada murid-murid bahawa ‘di’ mempunyai dua jenis, iaitu sebagai kata sendi nama ‘di’ dan imbuhan awalan kata kerja pasif ‘di’.

Kata Sendi Nama ‘di’
Kata sendi nama ‘di’ digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya dalam ayat di bawah:

  1. Ibunya bekerja di sekolah.
    • (Sekolah menunjukkan tempat.)
  2. Pengembara itu sesat di atas gunung.
    • (Atas gunung menunjukkan tempat.)
  3. Pertunjukan itu diadakan di Johor Bahru.
    • (Johor Bahru menunjukkan tempat.)
  4. Kakak menunggu kami di perhentian bas.
    • (Perhentian bas menunjukkan tempat.)
  5. Ayah membaiki kereta di bengkel kereta Ah Chong. 
    • (Bengkel kereta Ah Chong menunjukkan tempat.) 

Imbuhan Awalan Kata Kerja Pasif ‘di’
Imbuhan ‘di’ ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja (perbuatan) pasif bagi ayat subjek yang asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga.  Imbuhan awalan ini ditulis rapat dengan kata kerja atau frasa kerja yang mengikutinya. Contohnya dalam ayat di bawah:

  1. Surat itu ditulis oleh Sarimah.
    • (Tulis merupakan kata kerja.)
  2. Tiang lamput dipanjat oleh pekerja kontrak.
    • (Panjat merupakan kata kerja.)
  3. Sajak itu diolah oleh sasterawan negara.
    • (Olah merupakan kata kerja.)
  4. Motor ayah ditarik ke bengkel.
    • (Tarik merupakan kata kerja.) 
  5. Sampah yang bertaburan disapu oleh kakak. 
    • (Sapu merupakan kata kerja.)

Secara jelas, perbezaan ‘di’ yang dieja rapat dan terpisah boleh dilihat melalui gambar rajah di bawah.

 

 

 

 

Rujukan:

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tag Sekolah Rendah sekolah menengah tatabahasa

Prior knowledge

1.  Apakah kaedah yang sesuai untuk membantu pelajar membezakan ejaan ‘di’ yang ditulis rapat dan ‘di’ yang ditulis terpisah?
2.  Adakah pelajar sering keliru dengan ejaan ‘di’ yang ditulis rapat dan ‘di’ yang ditulis terpisah?

1. 

‘di’ yang berfungsi sebagai kata sendi nama harus dieja?

Reflection

1.  Adakah penjenisan ini akan membantu pelajar anda memahami dan mengingati cara membezakan ejaan ‘di’ yang ditulis rapat dan ‘di’ yang ditulis terpisah?
Loading...
Load lesson