Penukaran Ayat Biasa kepada Ayat Songsang dengan Formula 1+2+3 dan 2+1+3 atau 2+1

Penukaran Ayat Biasa kepada Ayat Songsang dengan Formula 1+2+3 dan 2+1+3 atau 2+1

Share this post

AYAT BIASA

Ayat biasa ialah ayat yang mengandungi subjek, predikat dan *penerangan. 

 

Subjek 

Subjek berkedudukan di awal ayat. Subjek terdiri daripada kata nama (kata nama am, kata nama khas, kata ganti nama diri, kata nama tunjuk, kata nama terbitan).

Predikat

Predikat berkedudukan selepas subjek. Predikat berfungsi untuk menerangkan subjek. Predikat boleh terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata sendi nama dan kata adjektif. 

*Penerangan

Penerangan berkedudukan di hujung ayat. Penerangan berfungsi untuk memberi maklumat tambahan. Namun, kehadiran penerangan tidak wajib dalam ayat. 

Oleh itu, ayat biasa boleh ditandakan dengan menggunakan formula 1+2+3 atau 1+2 seperti contoh di bawah:

 

AYAT SONGSANG

Ayat songsang ialah ayat yang mengalami proses pendepanan predikat. Maksudnya, predikat yang berkedudukan selepas subjek akan dipindahkan ke awal ayat menggantikan kedudukan subjek. Manakala, subjek akan menggantikan kedudukan predikat. 

Bagi membantu murid menukarkan ayat biasa kepada ayat songsang, formula 2+1+3 dan 2+1 boleh digunakan. Contoh di bawah ialah langkah untuk menukar ayat biasa kepada ayat songsang dengan menggunakan formula formula 2+1+3 dan 2+1.

 

CONTOH PENUKARAN AYAT BIASA KEPADA AYAT SONGSANG

Contoh 1:

Penukaran Ayat Biasa kepada Ayat Songsang dengan Penerangan

Langkah 1: 

Pelajar dikehendaki mengelaskan ayat biasa kepada tiga bahagian, iaitu subjek, predikat dan penerangan dengan menggunakan formula 1+2+3.

Langkah 2: 

Seterusnya, pelajar dikehendaki menggantikan kedudukan subjek di awal ayat dengan predikat berdasarkan formula 2+1+3.

 

Contoh 2:

Penukaran Ayat Biasa kepada Ayat Songsang tanpa Penerangan

 

Langkah 1: 

Jika ayat yang diperolehi tidak mempunyai penerangan, pelajar dikehendaki mengelaskan ayat biasa kepada dua bahagian, iaitu subjek, dan predikat dengan menggunakan formula 1+2.

 

Langkah 2: 

Seterusnya, pelajar dikehendaki menggantikan kedudukan subjek di awal ayat dengan predikat berdasarkan formula 2+1.

 

 

 

Rujukan:

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Tag Sekolah Rendah sekolah menengah tatabahasa

Prior knowledge

1.  Apakah kaedah yang sesuai untuk membantu pelajar menukarkan ayat biasa kepada ayat songsang?
2.  Adakah pelajar sering keliru ketika menukarkan ayat biasa kepada ayat songsang?

1. 

Singkatan 1+2+3 ialah tanda yang digunakan untuk?

Reflection

1.  Adakah formula ini akan membantu pelajar-pelajar anda memahami dan mengingati cara menukarkan ayat biasa kepada ayat songsang?
Loading...
Load lesson