Pentaksiran untuk Pembelajaran

Pentaksiran untuk Pembelajaran

Share this post

  • Kaedah pentaksiran pembelajaran: untuk menentukan status pembelajaran. 
  • Pentaksiran untuk pembelajaran: untuk meningkatkan pembelajaran yang lebih baik. 

 

Pentaksiran seharusnya menolong pelajar memperbaiki pembelajaran dan bukannya semata-mata menjatuhkan hukuman atau memberi ganjaran ke atas usaha pelajar. Pentaksiran untuk pembelajaran adalah suatu proses bagi mendapatkan dan menginterpretasi data-data untuk kegunaan pelajar dan guru membuat keputusan di mana pelajar itu berada dalam pembelajarannya, ke mana dia pergi dan bagaimana cara terbaik dia boleh sampai ke tempat itu. 

 

Prinsip pentaksiran untuk pembelajaran membuka peluang bagi seseorang pelajar itu menjadi individu yang serba boleh terdiri daripada yang berikut:

  1. Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan sebahagian daripada perancangan pengajaran pembelajaran yang berkesan.
  2. Pentaksiran untuk pembelajaran berfokus kepada bagaimana pelajar belajar pentaksiran untuk pembelajaran diiktiraf sebagai pusat bagi praktis di dalam bilik darjah. 
  3. Pentaksiran untuk pembelajaran dianggap sebagai kunci kemahiran profesional bagi guru.
  4. Pentaksiran untuk pembelajaran sensitif dan konstruktif kerana pentaksiran mempunyai emosi.
  5. Pentaksiran untuk pembelajaran mengambil kira kepentingan motivasi pelajar (foster motivation).
  6. Pentaksiran untuk pembelajaran menggalakkan komitmen untuk mencapai matlamat pembelajaran dan perkongsian kefahaman tentang kriteria.
  7. Pentaksiran untuk pembelajaran membantu pelajar menerima tunjuk ajar yang konstruktif tentang bagaimaa hendak memperbaiki pembelajaran.
  8. Pentaksiran untuk pembelajaran memupuk keupayaan pelajar untuk melakukan pentaksiran kendiri supaya pelajar lebih reflektif dan dapat menguruskan diri sendiri. 
  9. Pentaksiran untuk pembelajaran mengiktiraf seluruh pencapaian pelajar dalam pembelajaran.

 

Ringkasnya, pentaksiran untuk pembelajaran yang dilaksanakan dalam bilik darjah berasaskan sekolah memberi peluang pelajar untuk tetap berkeyakinan bahawa mereka boleh terus belajar pada tahap produktif, Kata lain, pelajar tidak boleh berasa kecewa atau hampa semasa proses pembelajaran. Pelajar mahu dihargai oleh guru dan rakan sebaya dalam persekitaran pembelajaran yang membina.

 

 

 

Tag Pembelajaran Pentaksiran Konstruktif Sensitif

Prior knowledge

1.  Nyatakan maksud pentaksiran sebagai pembelajaran.

1. 

Prinsip pentaksiran untuk pembelajaran terdiri daripada yang berikut, kecuali:

Reflection

1.  Nyatakan maksud pentaksiran untuk pembelajaran.
Loading...
Load lesson