Pendekatan Soalan

Pendekatan Soalan

Share this post

 

 

PENDEKATAN KAEDAH PENYELIDIKAN KONSTRUKTIF.

 

Secara umumnya, terdapat 4 pendekatan di dalam kaedah penyelidikan konstruktif.

  1. Pendekatan penyelidikan
  2. Pendekatan soalan
  3. Pendekatan koperatif
  4. Pendekatan eksperimen

 

Dalam artikel ini, tumpuan diberikan kepada pendekatan soalan dalam kaedah penyelidikan konstruktif.

 

 

PENDEKATAN SOALAN

 

1. PENGENALAN

 

  • Soalan digunakan untuk mendapatkan jawapan dan maklumat daripada pelajar.
  • Guru menggunakan teknik menyoal ini untuk memastikan sama ada pelajar memahami pelajaran itu ataupun tidak.
  • Kekerapan menyoal dan memberikan soalan boleh menjadi cara menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang baik.

 

 

2. PERINGKAT SOALAN SECARA LISAN

 

  • Peringkat set induksi

Kemahiran ini digunakan untuk membantu pelajar mengingat kembali PdP sebelumnya.

 

  • Peringkat perkembangan

Kemahiran ini digunakan untuk menggali pemikiran pelajar supaya mereka dapat menjalani PdP dengan lebih berkesan.

 

  • Peringkat penutup

Kemahiran ini digunakan untuk mencapai objektif PdP.

 

 

3. PRINSIP PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENYOALAN SECARA LISAN

 

  • Pembentukan soalan

 

    • Soalan dikemukakan mestilah mengikut aras yang sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman pelajar.

Contoh: Aras rendah bagi kanak-kanak prasekolah

 

    • Guru perlu merancang jenis soalan terlebih dahulu sebelum memulakan PdP.

Contoh: Soalan isi tempat kosong, betul atau salah, padankan bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah.

 

    • Perkataan atau istilah mestilah mudah difahami.

Contoh: Perkataan seperti rumuskan, tafsirkan, hipotesis dan sebagainya.

 

    • Bentuk soalan diubah dari semasa ke semasa untuk menarik minat pelajar.

Contoh: Siapa, kenapa, bila, apa dan lain-lain.

 

    • Bentuk soalan mestilah ringkas, tepat dan jelas.

 

    • Beri soalan kepada keseluruhan kelas, elakkan daripada daipada mengemukakan soalan kepada pelajar tertentu sahaja.

 

    • Beri soalan terlebih dahulu sebelum memanggil nama pelajar. Ianya dilakukan untuk memberi peluang kepada mereka untuk memikirkan jawapan.

 

 

  • Teknik Mengemukakan Soalan

 

    • Guru perlulah menyatakan soalan terlebih dahulu.
    • Berhenti sekejap untuk memberikan pelajar masa berfikir.
    • Menyebut nama pelajar untuk menjawab.
    • Tujukan soalan kepada keseluruhan kelas dan bukan pelajar berpotensi sahaja.
    • Elakkan memberi soalan memberi soalan mengikut sususan tempat duduk pelajar dalam kelas.

 

 

  • Mengulang Jawapan Pelajar Itu

 

    • Guru hanya perlu menyebut soalan sekali sahaja dengan sebutan yang lantang dan jelas untuk menarik perhatian pelajar.
    • Guru perlu memastikan pelajar sudah bersedia untuk menerima soalan.

 

 

  • Penerimaan Jawapan Pelajar

 

    • Pujian diberikan kepada pelajar yang menjawab soalan yang betul supaya mereka terus berusaha memberikan jawapan lebih baik.
    • Minta pelajar lain untuk mengulangi jawapan pelajar itu sekiranya jawapan yang diberikan baik atau penting.
    • Sekiranya kurang lengkap, guru boleh meminta pelajar lain untuk membantu pelajar tersbut.
    • Sekiranya pelajar tidak boleh menjawab, guru perlu mengubah aras soalan ke peringkat yang lebih rendah.
    • Elakkan pelajar daripada memberi jawapan secara beramai-ramai.
    • Elakkan mengejek jawapan pelajar yang salah.

 

 

4. OBJEKTIF PENYOALAN SECARA LISAN

 

  • Menggerak minda pelajar.
  • Menilai pemahaman pelajar berkenaan isi pelajaran serta kemajuan pelajar.
  • Membimbing pelajar.
  • Mengekalkan perhatian pelajar
  • Mengeratkan interaksi.
  • Melibatkan pelajar secara aktif dalam PdP.
  • Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar.
  • Mengembangkan perkembangan kognitif mereka.

 

 

5. JENIS-JENIS SOALAN LISAN

 

  • Soalan Tertutup

 

    • Tidak menggalakkan pelajar menghuraikan tentang sesuatu, maka maklumat diperoleh adalah terhad.
    • Contoh: Sukakah kamu datang ke sekolah? (Jawapan: Ya/Tidak)

 

  • Soalan Terbuka

 

    • Memerlukan huraian daripada pelajar, maka banyak maklumat yang boleh diperoleh.
    • Contoh: Mengapakah kamu suka datang ke sekolah?

 

 

6. KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALAN SECARA LISAN

 

  • Pembentukan Asas

Guru perlu menyediakan soalan yang ringkas, tepat, jelas dan mudah difahami oleh pelajar.

 

  • Fokus

Soalan yang dibentuk boleh menumpukan kepada satu atau lebih idea.

 

  • Alih Hala Soalan

Guru mengalih hala soalan kepada seluruh kelas setelah mendapat jawapan daripada pelajar.

 

  • Sebaran

Guru menyebarkan soalan kepada seluruh kelas.

 

  • Hentian

Guru berhenti dan memberikan masa untuk pelajar berfikir setelah bertanyakan soalan.

 

  • Melayani Jawapan

Jawapan yang diberikan oleh pelajar haruslah dilayan dengan baik. Guru akan cuba untuk membantu pelajar sekiranya jawapan diberikan tidak tepat.

 

  • Membantu Dengan Memberikan Petunjuk

Guru boleh membantu pelajar dalam memikirkan jawapan dengan memberi petunjuk sekiranya pelajar didapati tidak dapat langsung memberikan jawapan.

 

  • Mencungkil

Guru menyoal pelajar sehingga pelajar dapat menyatakan lebih daripada satu jawapan.

 

 

7. ARAS-ARAS PENYOALAN SECARA BERTULIS

 

Soalan yang menggunakan pensel atau kertas, tidak kiralah dalam objektif atau subjektif, haruslah dipelbagaikan mengikut aras-aras penyoalan. Bloom telah menyatakan enam peringkat aras soalan:

 

  • Pengetahuan

Soalan di peringkat ini haruslah menguji pengetahuan pelajar dalam mengingat fakta asas, istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang telah dipelajari.

 

  • Kefahaman

Soalan di peringkat ini perlulah menguji kebolehan memahami, menterjemah dan menginterprestasikan fakta asas, konsep, prisnip atau bahan yang telah dipelajari.

 

  • Aplikasi

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah.

 

  • Analisis

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan pelajar membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan hubung kait antara satu sama lain.

 

  • Sintesis

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi.

 

  • Penilaian

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan pelajar membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan lain-lain.

 

 

8. KESAN KEMAHIRAN PENYOALAN

 

  • Pelajar akan melibatkan diri secara aktif dalam PdP mereka.
  • Pelajar akan bertambah minat terhadap pelajaran.
  • Mendorong pelajar untuk memberikan perhatian terhadap PdP.
  • Menggelakkan pelajar untuk berasa jemu dan bosan.
  • Mengembangkan daya pemikiran pelajar.
  • Guru dapat mengetahui sama ada murid dapat memahami kemahiran yang diajar atau sebaliknya.

 

Rujukan

Sains Menggunakan Kaedah Penyelidikan Konstruktif

 

Tag Konstruktivisme Pendekatan

Prior knowledge

1.  Mengapakah anda menggunakan kaedah pendekatan soalan dalam bilik darjah?

1. 

Berikut merupakan aras-aras yang dinyatakan oleh Bloom, kecuali

Reflection

1.  Nyatakan satu (1) kesan kemahiran penyoalan.
Loading...
Load lesson