Pendekatan PdPR yang Menarik

Pendekatan PdPR yang Menarik

Share this post

Terdapat banyak gangguan apabila melakukan PdPR, ini akan membuatkan pelajar sukar untuk fokus dan beri tumpuan sepenuhnya sepanjang pembelajaran. Berikut merupakan beberapa cara untuk menarik perhatian pelajar semasa PdPR:

1.       Sentiasa cergas dan bertenaga

Guru yang sentiasa cergas dan bertenaga boleh menjadikan suasana yang ceria dan gembira serta secara tidak langsung boleh meningkatkan mood dan tenaga pelajar untuk memberi fokus semasa sesi pembelajaran. Elakkan dari terus mengajar sewaktu kelas online bermula kerana murid akan merasa kurang selesa dan kurang berminat untuk belajar.

 

2.       Membuat kuiz interaktif

Memandangkan PdPR memisahkan jarak diantara guru dan pelajar, salah satu cara yang boleh digunakan ialah melibatkan pelajar dengan kuiz interaktif. Antara kuiz-kuiz interaksi ialah Kahoot, Quizlet, Quizziz dan sebagainya. Pelajar juga boleh mengakses kuiz yang diberikan oleh guru melalui telefon bimbit. Menambah elemen permainan dalam pelajaran ada cara terbaik untuk membuat pelajar memberi tumpuan terhadap PdP.

3.       Tutor sebaya

Satu kajian mendapati bahawa 12% pelajar menunjukkan prestasi yang lebih baik terhadap mengingati banyak bahan pelajaran apabila mereka mengajar rakan sebaya. Oleh itu, guru digalakkan untuk memberi tugasan topik yang berbeza untuk setiap pelajar dan meminta mereka membuat perbentangan selama 5 minit melalui perkongsian skrin pelajar kepada kawan-kawan yang berada di dalam aplikasi Zoom atau GoogleMeet  berkenaan topik yang diberikan kepadanya. Masa yang diberikan juga bergantung kepada bilangan pelajar.

 

4.       Permainan Bingo

Salah satu cara untuk memastikan pelajar terlibat sepanjang pembelajaran adalah bermain Bingo. Menyediakan beberapa kata kunci kepada pelajar mengikut topik yang ingin diajar. Setiap kali guru menyebut salah satu kata kunci, pelajar akan menggariskan perkataan pada lembaran kerja mereka. Pelajar pertama yang menyebut ‘Bingo’ akan menang. Dengan menambahkan elemen persaingan dalam pembelajaran, pelajar akan lebih cenderung untuk memberi tumpuan dan mudah untuk mengingati pembelajaran yang dipelajari.

 

5.       Penggunaan sosial media

Trend generasi muda ketika ini gemar menggunakan aplikasi media sosial seperti TikTok, Instagram dan Youtube. Maka, guru boleh menggunakan pendekatan ini untuk menarik pelajar supaya tidak merasa jemu terhadap PdPR.

6.       Kuiz harian

Prinsip pengajaran pertama Rosenshine mengesyorkan agar guru meluangkan masa pada permulaan pelajaran untuk mengkaji semula pembelajaran sebelumnya. Oleh itu, pada permulaan pelajaran, hantarkan pautan kepada pelajar untuk menyelesaikan kuiz dalam talian. Dari sudut pandangan guru, ini membolehkan anda menilai peningkatan pelajar dan mengenalpasti dengan cepat sama ada anda perlu menerangkan semula topik tersebut ataupun tidak.

Pendekatan ini akan membuatkan pelajar tidak berasa jemu dengan PdPR, sekaligus akan menarik minat pelajar. Dengan adanya perkongsian ini, berharap guru dapat sedikit idea untuk memanfaatkannya. 

 

 

 

 

Tag PdPR Menarik Kuiz Interaktif

Prior knowledge

1.  Apakah yang anda lakukan bagi memastikan PdPR menarik?

1. 

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan pendekatan PdPR yang menarik?

Reflection

1.  Bicangkan antara satu pendekatan PdPR menarik yang telah dikongsikan?
Loading...
Load lesson