Pendekatan Inkuiri

Pendekatan Inkuiri

Share this post

INKUIRI

 

  • Merupakan satu pendekataan dimana pelajar menggunakan penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan dan kefahaman sendiri.

 

  • Pelaksanaan ini berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif.

 

  • Berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baru.

 

  • Kemahiran ini diperlukan oleh setiap murid untuk menguasai pengetahuan sepanjang hayat.

 

  • Membantu penguasaan pelbagai kemahiran aras tinggi seperti kemahiran saintifik, kemahiran insaniah, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.

 

 

PENDEKATAN INKUIRI

 

  • Boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam dan luar bilik darjah.
  • Boleh berlaku melalui pelbagai strategi seperti pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah, carian maklumat, kajian lapangan dan sebagainya.

 

 

A. PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

 

  • Murid belajar dengan menyiasat soalan kompleks, masalah atau cabaran.
  • Murid meneroka masalah dunia sebenar dan mencari jawapan melalui penyiapan projek.
  • Murid mempunyai kawalan ke atas projek tersebut di mana mereka boleh menetapkan bagaimana projek ini dibentangkan sebagai produk akhir.
  • Langkah-langkah pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek berdasarkan gambar di bawah:

 

 

B. PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

 

  • Berpusatkan murid.
  • Murid belajar mengenai sesuatu topik melalui penyelesaian masalah dan aktiviti dijalankan secara berkumpulan.
  • Kebiasaanya terdapat lebih daripada satu jawapan yang betul.
  • Memberi kuasa kepada murid untuk menjalankan penyelidikan, mengintegrasikan teori dan amalan, dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran untuk membangunkan penyelesaian (Savery, 2006).
  • Langkah-langkah pelaksanaan berasaskan masalah berdasarkan gambar di bawah ini:

 

 

C. PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

 

  • Berasaskan Projek: Dalam pelbagai disiplin dan tempoh PdP yang lebih panjang.
  • Berasaskan Masalah: Cenderung kepada satu mata pelajaran dan tempoh PdP yang pendek.

 

  • Berasaskan Projek: Mengikuti langkah-langkah umum
  • Berasaskan Masalah: Mengikuti langkah-langkah spesifik.

 

  • Berasaskan Projek: Melibatkan tugas-tugas yang autentik dan menyelesaikan masalah dunia sebenar.
  • Berasaskan Masalah:  Menggunakan senario dan kes-kes yangmungkin kurang berkaitan dengan kehidupan sebenar.

 

Rujukan

Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

 

Tag Inkuiri Projek Masalah

Prior knowledge

1.  Apakah yang anda faham mengenai Inkuiri?

1. 

Yang manakah antara berikut merupakan pembelajaran berasaskan masalah?

Reflection

1.  Nyatakan satu (1) perbezaan antara pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah.
Loading...
Load lesson