Pembelajaran Bahasa Berasaskan Permainan Bagi Murid Sekolah Rendah

Pembelajaran Bahasa Berasaskan Permainan Bagi Murid Sekolah Rendah

Share this post

PENGENALAN

 
  • Setiap hari kanak-kanak kecil tidak mengenali umur akan bermain. Bermain adalah fitrah bagi mereka. Memandangkan aktiviti bermain  adalah  sebahagian  daripada  dunia  kanak-kanak, maka proses  pengajaran  dan pembelajaran (PdP) akan menjadi  lebih  berkesan jika  guru-guru dapat menerapkan aktiviti bermain dalam PdP. Hal ini adalah kerana murid-murid mudah belajar isi pelajaran yang disampaikan dan bermakna. Murid-murid juga mudah memahami isu-isu yang berlaku di  sekeliling mereka.
  • Selain itu, aktiviti bermain boleh merangsang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak akan mudah berinteraksi dengan rakan sebaya ataupun orang dewasa melalui perbincangan serta bersoal jawab semasa bermain.  Kanak-kanak juga dapat belajar berkomunikasi dan berinteraksi dengan bahasa yang sesuai, serta menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa bermain.  
  • Kaedah ini selari dengan kehendak Pembelajaran Abad ke-21.

Pembelajaran Abad ke-21 lebih berfokus kepada proses  pengajaran  dan pembelajaran yang berpusatkan  murid,  menggunakan  pendekatan  pengajaran dan  pembelajaran  bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek.  

 

JENIS-JENIS PERMAINAN

Terdapat pelbagai jenis permainan yang boleh dilaksanakan oleh kanak-kanak semasa bermain. Semua jenis permainan ini melibatkan pertuturan dan boleh meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak. 

Jenis-jenis permainan tersebut diklasifikasikan seperti berikut:

 

1. Permainan Motor/Fizikal 

Permainan Motor / Fizikal melibatkan pergerakan anggota badan. Permainan jenis ini berlaku melalui pengalaman dalam pelbagai situasi dan dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus  kanak-kanak.

Kemahiran motor  halus melibatkan kemahiran manipulatif otot-otot kecil seperti  menggenggam, mengoyak, menggunting, meramas, menggentel dan menguli. Kemahiran motor halus penting untuk kanak-kanak mempelajari konsep-konsep asas seperti menjalankan tugas-tugas harian.  Contohnya, membutang baju, memegang pensel, mengikat tali kasut dan  sebagainya.  Manakala kemahiran motor kasar melibatkan kemahiran manipulatif otot-otot kasar pada seluruh badan seperti melompat, berlari dan memanjat. 

Semasa kanak-kanak bermain, kanak-kanak membuat pergerakan terhadap otot-otot kasar dan halus mereka. Pada masa ini juga kanak-kanak  menggunakan  koordinasi  mata  dan  tangan  mereka  untuk  mengawal  segala pergerakan. Kemahiran motor dan pengawalannya berkaitan  dengan  kemahiran kecekapan otak, iaitu semasa pergerakan, sistem saraf pada otak dan otot badan bekerja bersama.  

 

2. Permainan Sosial 

Permainan sosial menggalakkan kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain semasa bermain. Kanak-kanak akan belajar kemahiran sosial seperti bertolak ansur, bekerjasama dan berkongsi sesuatu antara satu sama lain.  

Permainan sosial boleh berlaku dalam kumpulan ataupun individu.  Sebagai  contoh, apabila kanak-kanak  berinteraksi dengan  rakannya dan  bertanya ataupun  meminjam alat  permainan walaupun  mereka  tersebut  tidak  bermain  dengan  rakannya itu interaksi tetap akan berlaku sesama mereka. 

 

3. Permainan Konstruktif 

Permainan konstruktif berlaku apabila kanak-kanak membina sesuatu  dengan memanipulasi  persekitaran. Contoh permainan  konstruktif  ialah aktiviti yang  melibatkan  pergerakan  motor  halus  seperti  menganyam,  menggentel,  melipat kertas  dan  menyulam.  Permainan seperti membina bangunan daripada blok, bermain pasir dan dan mencipta bahan-bahan kraf juga merupakan permainan konstruktif.  Permainan  konstruktif memberi  peluang  kanak-kanak  belajar membuat sesuatu dan apabila kanak-kanak bermain secara konstruktif, mereka belajar melakukan sesuatu tugas sehingga selesai. Bermain secara konstruktif juga melibatkan kemahiran manipulatif. Contoh bahan yang sangat sesuai untuk permainan konstruktif ialah LEGO. Kanak-kanak yang memiliki  kemahiran manipulatif berupaya memanipulasi idea, konsep dan pendapat. 

 

 4.Permainan Fantasi   

Permainan fantasi ialah salah satu cara yang paling berkesan untuk  kanak-kanak belajar dan  mempraktikkan kemahiran imaginasi mereka.  Permainan ini dilakukan secara spontan dengan menggunakan peralatan ataupun tanpa peralatan serta dilakukan berasaskan imaginasi kanak-kanak. Contohnya, bermain pondok-pondok dapat meningkatkan pemahaman kanak-kanak tentang dunia di sekelilingnya dan bagaimana hendak bersosial dengan rakan sebaya. Kanak-kanak belajar bagaimana hendak  menggambarkan sesuatu  karakter  dalam  sesuatu  situasi semasa permainan fantasi.  Mereka akan menggunakan  imaginasi  dan  bahasa  untuk  menyatakan  idea,  konsep  dan  keinginan. Mereka juga berupaya mengubah idea menjadi fantasi secara kreatif. 

 

5.Permainan Mengikut Peraturan 

 

Kanak-kanak perlu mematuhi peraturan semasa bermain. Mereka akan mempelajari cara-cara mematuhi peraturan untuk menyesuaikan diri dan  menyelesaikan masalah semasa bermain secara sosial.  Antara permainan peraturan ialah seperti dam, catur, kad, dan monopoli. Permainan jenis ini akan mengajar kanak-kanak bahawa setiap individu perlu mematuhi  peraturan  yang  ditetapkan. Dengan itu, permainan  sebegini  dapat  membantu kanak-kanak  memahami  konsep-konsep  peraturan  dan  perlu  mematuhi peraturan yang ditetapkan.

 

CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN BAHASA MELAYU  BERASASKAN PERMAINAN

 

Aktiviti 1: Fail Vokal 

1. Objektif: 

Mengecam, membunyikan huruf vokal dan mengaitkan bunyi vokal dengan gambar.  

 

2. Cara bermain: Individu. 

 

3. Bahan: Fail berplastik lutsinar di dalamnya, kad vokal a, e, i, o, dan u, kad gambar ayam, epal, ikan, obor dan ular. 

 

4. Pelaksanaan: 

Ajak murid menyusun/memasukkan kad-kad vokal a, e, i, o, dan  u dan kad-kad gambar ke dalam fail. 

Pastikan kad vokal disusun bersebelahan dengan kad gambar yang betul, misalnya kad vokal a disusun sebelah gambar ayam. 

Ajak murid membunyikan huruf vokal dan  mengaitkannya dengan  gambar, misalnya vokal a kaitkan dengan gambar ayam, kemudian sebut a “a”, “ayam” 

Ulang aktiviti yang sama dengan huruf vokal dan gambar lain. 

 

5. Hasil  pembelajaran: 

Murid dapat mengecam dan membunyikan huruf vokal dengan betul dan mengaitkan bunyi vokal dengan gambar yang bunyinya bermula dengan vokal itu. 

 

Aktiviti 2: Gaul dan Pilih 

 

1.Objektif: Mengecam dan membunyikan suku kata. 

 

2.Bahan: Bola-bola ping pong yang dilabel dengan suku kata, sebiji mangkuk besar dan beberapa biji mangkuk kecil. 

 

3.Cara bermain: Individu ataupun kumpulan. 

 

4.Pelaksanaan: 

Guru mengajak murid-murid duduk di sekeliling meja. 

Guru memberikan setiap murid sebatang senduk dan mangkuk kosong. 

Guru  meletakkan  mangkuk  besar  yang  diisi  dengan  bola-bola  ping  pong.

  • Label suku kata di tengah meja. 

Guru  mengajak  murid-murid  menggaul  bola-bola  ping  pong  di  dalam. 

Guru menyebut satu bunyi suku kata, misalnya suku kata ‘ba’ dan mengajak.

  • Murid-murid mencari bola ping pong yang berlabel suku ba.  

Murid-murid  menyenduk bola ping-pong berlabel ‘ba’  dan memasukkan ke dalam mangkuk besar masing-masing menggunakan senduk sambil menyebut ‘ba’. 

Ulang aktiviti dengan mencari suku kata lain. 

 

5. Hasil pembelajaran: Murid dapat mengecam dan membunyikan suku kata dengan betul. 

 

Aktiviti 3: Baling dan Sebut 

 

1. Objektif: Membina dan membaca perkataan 

 

2. Bahan: Pundi-pundi  kacang yang berlabel suku  kata (pastikan  pundi kacang ini boleh  membina  perkataan),  tiga  gegelung  hula-hop  dan  objek-objek  sebenar seperti buku, baju dan sudu.    

      

3. Cara bermain: Kumpulan        

 

4. Pelaksanaan: 

Letakkan tiga gegelung hula-hop lebih kurang dua meter di hadapan tiga.

  • Beberapa orang murid meletakkan buku, pasu dan sudu setiap satu ke dalam hula-hop. 

Longgokkan pundi kacang berlabel suku kata di hadapan murid. 

Murid  menamakan objek sebenar di dalam hula-hop dan membaling pundi 

  • Murid membaling pundi kacang  yang  betul  ke  dalam  hula-hop,  misalnya, membaling  pundi  kacang berlabel ‘ba’ dan ‘ju’ ke dalam hula-hop yang mengandungi baju. 

Sebut suku kata ‘ba’ dan ‘ju’, dan kemudiannya perkataan ‘baju’. 

Ulang aktiviti dengan objek lain.

 

5. Hasil pembelajaran: Murid dapat membina dan membaca perkataan dengan betul 

 

KESIMPULAN

Natijahnya, pembelajaran berasaskan permainan meningkatkan penguasaan bahasa murid dengan lebih berkesan. Pembelajaran murid dapat dihasilkan dengan suasana yang sangat ceria dan kondusif. Murid akan lebih bermotivsi dan memudahkan mereka untuk memberi fokus kepada isi pelajaran yang disampaikan guru. Kesannya, murid akan kurang memberi masalah atau membuat bising dalam proses pembelajaran.

Pembelajaran berasaskan permainan bukan hanya boleh diguna pakai khusus untuk mata pelajaran bahasa sahaja tetapi juga bagi mata pelajaran-mata pelajaran seperti Matematik, Sains dan Pendidikan Islam dan lain-lain.


 

 

Rujukan:

  1. Pendekatan Bermain dalam Pengajaran Bahasa dan Literasi baagi Pendidikan Pra Sekolah. Sharifah Nor Putih, Aliza Ali, Universiti Kebangsaan Malaysia  https://www.researchgate.net

 

 

Tag Sekolah Rendah Permainan

Reflection

Bagaimana anda melaksanakan pembelajaran bahasa berasaskan permainan kepada murid anda?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Senaraikan jenis-jenis permainan yang anda ketahui?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Adakah pembelajaran berasaskan permainan diguna pakai untuk mata pelajaran bahasa sahaja seperti yang dikongsikan ini?Ya

Huraikan secara ringkas bagaimana pembelajaran bahasa berasaskan permainan dapat dilaksanakan dalam pengajaran anda seperti yang telah dikongsikan.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson