Model Inkuiri: Model Pembelajaran 5E

Model Inkuiri: Model Pembelajaran 5E

Share this post

INKUIRI

 

  • Merupakan satu pendekataan dimana pelajar menggunakan penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan dan kefahaman sendiri.

 

  • Pelaksanaan ini berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif.

 

  • Berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baru.

 

  • Kemahiran ini diperlukan oleh setiap murid untuk menguasai pengetahuan sepanjang hayat.

 

  • Membantu penguasaan pelbagai kemahiran aras tinggi seperti kemahiran saintifik, kemahiran insaniah, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.

 

 

Inkuiri boleh menggunakan pelbagai model di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), mengikut kepada kesesuaian mata pelajaran yang berkaitan. Namun begitu, Model Pembelajaran 5E dikatakan sesuai kerana merupakan model umum yang boleh digunakan untuk semua mata pelajaran dalam kurikulum kebangsaan.

 

 

MODEL PEMBELAJARAN 5E

 

  • Model ini seringkali digunakan dalam melaksanakan inkuiri.
  • Model ini diadaptasi daripada model Biological Sciences Curricullum Study (BSCS) 5E Instructional Model.
  • 5E merujuk kepada lima fasa pembelajaran:
    • Engagement – Pelibatan
    • Exploration – Penerokaan
    • Explanation – Penerangan
    • Elaboration – Pengembangan
    • Evaluation – Penilaian
  • Model ini mengandungi aktiviti-aktiviti yang berfokuskan murid dimana mereka akan melibatkan diri, meneroka, menerang, mengembangkan dan membuat penilaian.

 

 

A. FASA PELIBATAN (ENGAGEMENT)

 

  • Minda murid diransang untuk menimbulkan rasa ingin tahu.
  • Murid diperkenalkan konteks oleh guru.
  • Murid dicungkil pengetahuan sedia ada.

 

 

B. FASA PENEROKAAN (EXPLORATION)

 

  • Murid membina pemahaman berdasarkan aktiviti hands-on.
  • Murid menjalankan siasatan secara terbuka atau terbimbing bagi menjawab soalan yang dinyatakan.
  • Murid menggunakan pelbagai sumber untuk mencari maklumat atau data.
  • Murid menjana idea baharu atau menyelesaikan masalah dengan menjalankan penyiasatan.
  • Murid mereka bentuk dan melaksanakan penyiasatan.

 

 

C. FASA PENERANGAN (EXPLANATION)

 

  • Murid membina idea lanjutan dan penerangan melalui refleksi tentang penyiasatan yang telah dilaksanakan.
  • Guru memberi input bagi menyemak pemahaman konsep yang telah dibentuk oleh murid.

 

 

D. FASA PENGEMBANGAN (ELABORATION)

 

  • Murid mengaplikasikan situasi baharu dengan mengembangkan pemahaman konsep.

 

 

E. FASA PENILAIAN (EVALUATION)

 

  • Perkembangan murid ditafsir melalui penilaian di setiap fasa.
  • Mengalakkan murid untuk menilai pemahaman dan kebolehan mereka.

 

Rujukan

Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

 

Tag Inkuiri Model

Prior knowledge

1.  Apakah yang dimaksudkan dengan inkuiri?

1. 

Fasa manakah yang menggalakkan murid untuk menilai pemahaman dan kebolehan mereka?

Reflection

1.  Mengapakah inkuiri menggunakan model pembelajaran 5E?
Loading...
Load lesson