Model Bar (Comparison) Dalam Soalan Penyelesaian Masalah Harian

Model Bar (Comparison) Dalam Soalan Penyelesaian Masalah Harian

Share this post

Model Bar (Comparison)

Model bar merupakan satu kaedah penyelesaian masalah heurestik secara visual yang direka oleh Kementerian Pendidikan Singapura pada tahun-tahun 1980-an. Dalam model bar, bar dalam bentuk segi empat tepat melintang akan digunakan untuk mewakili masalah dan lokasi bar – bar ini akan menunjukkan hubungan antara kuantiti. Terdapat tiga jenis model bar yang diketengahkan iaitu part-part-whole, comparison, dan equal parts. Contoh model bar (comparison) yang mudah: 

 

 

Rajah 1: Model bar (Comparison) digunakan untuk menyelesaikan soalan di atas. Soalan penyelesaian masalah diterjemahkan kepada visualisasi bagi memudahkan murid memahami soalan sekaligus menyelesaikannya.

 

Dalam Rajah 1 bilangan murid perempuan adalah seramai 956 orang dan nilai tersebut merupakan 135 orang lebih berbanding murid lelaki. Dengan melukis model bar, murid akan dapat melihat konsep idea secara jelas. Selepas melukis model bar, murid perlu diterangkan bahawa untuk mencari bilangan murid lelaki, mereka perlu membandingkan dengan bar murid lelaki dengan bar murid perempuan. Dalam soalan di atas, setelah perbandingan dibuat, murid dibimbing untuk mencari nilai anu (bilangan murid lelaki) dengan menolak bilangan keseluruhan (bilangan murid perempuan) dengan bilangan lebihnya murid perempuan berbanding murid lelaki. 

Untuk mengimplementasikan model bar (Comparison) di dalam bilik darjah, strategi CUBES boleh dilaksanakan. 

 

Strategi Cubes

Strategi CUBES meliputi C – Bulatkan nombor-nombor penting, U – Gariskan kehendak soalan, B – Petakkan operasi matematik yang terlibat, E – Lakukan penilaian dan mula melukis, dan S – Selesaikan dan semak. 

 

 

Langkah 1 – (C) Bulatkan nombor – nombor penting

 

 

Langkah 2 – (U) Gariskan kehendak soalan

 

 

Langkah 3 – (B) – Petakkan operasi matematik yang terlibat

 

 

Langkah 4 – (E) Lakukan penilaian dan mula melukis

 

 

Langkah 5 – (S) Selesaikan dan semak. 

Guru perlu membimbing murid untuk membandingkan (make comparison) membandingkan antara model bar perempuan dengan model bar lelaki. Dengan menggunakan visualisasi, murid akan dapat memahami operasi matematik yang diperlukan. Untuk menyemak pula, guru boleh mencadangkan kaedah lain untuk digunakan bagi mencari penyelesaian bagi soalan tersebut. Jika jawapan yang diperoleh adalah sama, maka langkah penyelesaian menggunakan model bar tadi adalah betul. 

 

Contoh Lain Soalan Diselesaikan

Menggunakan Model Bar (Comparison)

 

Contoh 1 

Arumugam berjaya menjual 3 kali ganda bilangan kek berbanding Karen. Faridah pula berjaya menjual dua kali ganda kek berbanding Karen. Berapakah bilangan kek yang telah dijual oleh Arumugam jika jumlah kek yang dijual oleh ketiga – tiga mereka adalah 360?

 

 

 

Rujukan: 

  1. https://www.iejme.com/article/enhancing-students-mathematical-problem-solving-skills-through-bar-model-visualisation-technique-3919
  2. https://eric.ed.gov/?id=EJ1259982
  3. https://journals.sagepub.com/doi/abs/10.1177/0731948717690116

 

Tag Sekolah Rendah Penyelesaian masalah harian

Prior knowledge

1.  Adakah murid anda sering mengalami masalah dalam menyelesaikan soalan – soalan penyelesaian masalah?
2.  Apakah teknik atau kaedah yang sesuai boleh digunakan bagi membantu murid menguasai kemahiran menyelesaikan soalan – soalan penyelesaian masalah?

1. 

Apakah kemahiran yang diketengahkan dalam menggunakan model bar?

Reflection

1.  Adakah model bar (comparison) ini sesuai digunakan dalam kalangan murid sekolah rendah di Malaysia?
Loading...
Load lesson