Menggunakan Bingo dalam Pembelajaran

Menggunakan Bingo dalam Pembelajaran

Share this post

 

Menggunakan permainan Bingo sebagai aktiviti dalam pembelajaran merupakan kaedah yang menarik untuk menarik minat pelajar. Asas kepada penggunaan Bingo adalah mudah, hanya dengan meletakkan jawapan dalam lukisan grif, mengisikannya dan jerit “BINGO”. Pemenang adalah mereka yang mengisi ruang secara melintang dan menegak.

 

PERSEDIAAN

 

Terdapat beberapa persediaan untuk bermain Bingo di dalam bilik darjah.

 

  1. Beli set permainan Bingo, atau anda boleh merekanya sendiri dengan menyediakan pelajar beberapa kertas mengandungi isi/nombor dalam garisan grid.
  2. Pastikan setiap pelajar mempunyai kertas Bingo yang berbeza untuk memudahkan anda menentukan pemenang.
  3. Ataupun anda boleh meminta pelajar untuk mengisikan sendiri jawapan mereka secara rawak dalam garisan grid. Berikan masa untuk mereka menyediakannya.
  4. Cara lain adalah dengan melipat kertas dan potong menjadi kotak-kotak kecil dan kemudian menyusunkannya dalam 4 X 4 atau 5 X 5. 

 

 

PENGGUNAAN BINGO DALAM PELBAGAI SUBJEK

 

Anda boleh menggunakan Bingo dalam pelbagai subjek di dalam bilik darjah bersama pelajar-pelajar anda. Di bawah ini merupakan senarai cara bermain Bingo sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran:

 

A. Kelas Bahasa

 

  • Kesedaran Fonem/Fonemik

Fonemik merupakan cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa secara sinkronik. Guru ataupun lebih khusus pada mereka yang mengajar kanak-kanak bolehlah menggunakan permainan Bingo ini dalam pembelajaran. Ini akan membantu pelajar untuk mempelajari bunyi huruf-huruf atau perkataan-perkataan yang sedang dipelajari oleh mereka.

 

Letakkan setiap huruf pada kotak Bingo yang disediakan. Kemudian, anda dikehendaki menyebut huruf dan meminta pelajar untuk menanda pada huruf yang berbunyi sedemikian. Atau, anda boleh menyatakan perkataan, dan meminta pelajar untuk menanda huruf awal perkataan tersebut. Contohnya Ayam, pelajar menanda A dalam kertas Bingo.

 

  • Ejaan

Letakkan perkataan ejaan yang sedang pelajar anda pelajari dalam setiap kotak Bingo. Anda boleh menyatakan maksud dan kemudian meminta mereka untuk menyuai padankan dengan perkataannya. Contoh, huraian ‘untuk mencari dan membaca pulang’, pelajar menandakan kotak ‘retrieve’.

 

  • Bahagian dalam Ucapan/Karangan

Menjadi kreatif dengan menyatakan bahagian dalam ucapan atau karangan. Contohnya, nyatakan satu ayat dan minta pelajar untuk menanda perkataan yang mempunyai kata kerja. Atau anda boleh meminta pelajar untuk menyenaraikan huruf ‘g’ yang ada dalam karangan dan minta mereka menyenaraikan satu-satu mengikut turutan.

 

 

B. Kelas Matematik

 

  • Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi

Letakkan jawapan dalam kotak Bingo. Kemudian, anda perlu nyatakan masalah. Ini merupakan cara terbaik untuk menggalakkan pelajar untuk mengingat. Contohnya, tanyakan 6 X 5 kepada pelajar anda. Kemudian, mereka akan menandakan jawapan dalam kotak Bingo yang disediakan.

 

  • Pecahan

Dalam setiap kotak Bingo, lukiskan gambar mewakili pecahan. Contohnya, dalam satu kotak Bingo, lukiskan satu bulatan yang bertanda satu daripada empat daripadanya. Kemudian ketika anda menyebut pecahan tersebut, pelajar melorekkan gambar yang menunjukkan jawapan.

 

  • Titik Perpuluhan

Tuliskan titik perpulahan dalam setiap kotak Bingo. Anda perlu menyatakan nombor seperti ‘kosong perpuluhan empat tiga’dan pelajar perlu melorekkan ‘0.43’ dalam kertas Bingo.

 

  • Bundar

Contohnya, nyatakan ‘bundar 143 kepada puluh terdekat’. Maka, pelajar perlu mencari jawapan dalam kotak Bingo dan melorekkannya.

 

  • Nilai Tempat/Nilai Digit

Contohnya, anda boleh menyatakan seperti ‘lorekkan nombor yang mempunyai nilai 6 dalam tempat puluh’. Maka, pelajar hanya mencari jawapan dan melorekkannya dalam kotak Bingo.

 

 

C. Kelas Sains, Sejarah dan Sebagainya.

 

  • Fakta

Nyatakan fakta dan minta pelajar menandakannya. Contohnya, ‘berapa banyakkah planet dalam sistem solar?’ dan pelajar hanya perlu menandakan jawapan 9 dalam kotak Bingo.

 

  • Orang Terkenal/Tokoh

Anda boleh bertanyakan ‘siapakah yang mencipta telefon?’ dan pelajar hanya perlu mencari jawapan ‘Alexander Graham Bell’ dalam kotak Bingo yang disediakan.

 

Permainan Bingo merupakan salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian pelajar untuk meminati sesuatu subjek itu. Kreatif secara percuma!

 

Rujukan

Bingo Across the Curriculum

 

Tag Permainan Aktiviti Bingo Minat

Prior knowledge

1.  Pernahkan anda menggunakan permainan bingo sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran? Sebab?

1. 

Antara berikut, yang manakah bukan sebab menggunakan permainan Bingo?

Reflection

1.  Nyatakan satu cadangan permainan yang boleh digunakan berkaitan dengan subjek yang anda ajar?
Loading...
Load lesson