Mengajar Pelajar Untuk Menghindari Plagiarisme

Mengajar Pelajar Untuk Menghindari Plagiarisme

Share this post

Plagiarisme merupakan perkara yang tidak harus diterapkan di dalam kehidupan. Sebilangan besar guru terpaksa menghadapinya dalam beberapa bentuk dan sebilangan besar daripada kita masih belum menemui kaedah terbaik untuk memeranginya.

 

5 latihan untuk mengurangkan plagiarism pelajar

 

Sebelum memulakan terdapat dua tip penting:

 

1. Gunakan teks mudah untuk latihan

 

Sekiranya anda mahu pelajar membaca dan memetk teks akademik yang mencabar, itu bagus untuk kemudiannya, tetapi untuk mengajar mereka kemahiran menulis jadikan bahan bacaan itu mudah sehingga mereka tidak membuang tenaga dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya sebaik sahaja mereka mempunyai kemahiran menulis dan mengumpul petikan penting, mereka akan lebih bersedia untuk membuat sumber yang lebih mencabar.

 

2. Lakukan latihan ini bersama-sama di kelas.

 

Ini bukan pelajaran yang baik untuk pembelajaan terbalik atau campurab, dimana pelajar hanya mengusahakannya sendiri . Tetapi untuk menerapkan kemahiran ini, guru harus membimbing mereka terlebih dahulu. Dimana untuk setiap latihan, pelajar harus mendapatkan maklum balas daripada anda, dari ahli kumpulan mereka, atau kedua-duanya.

 

Berikut merupakan beberapa latihan yang boleh digunakan:

 

Latihan 1: Mengenal Plagiarisme

Masa yang diperlukan: 15-20 minit

 

Latihan ini menggunakan strategi pengajaran pencapaian konsep yang menunjukkan kepada pelajar contoh penulisan untuk membantu mereka memahami definisi mereka mengenai konsep.

  1. Minta pelajar membaca teks ringkas yang mempunyai 500-800 perkataan mengenai topik yang agak biasa.
  2. Tunjukkan beberapa contoh penulisan murid yang dibuat oleh gruru berdasarkan teks tersebut. dalam beberapa kes, penulisan harus menunjukkan plagiarism, dan dalam kes lain, seharusnya tidak. Untuk setiap orang, minta pelajar membuat keputusan sama ada menganggap penulisan tersebut plagiarism atau tidak. Minta mereka membincangkan perkara ini secara berkumpulan. Selepas setiap contoh, beritahu mereka sama ada betul atau tidak dan terangkan mengapa.
  3. Akhir sekali, mereka akan mencapai titik di mana mereka dapat mengenal pasti banyak contoh yang tepat sama plagiarisme atau bukan plagiarisme.

 

Latihan 2: Meringkaskan

Masa yang diperlukan: 20-30 minit

 

Setelah pelajar mengetahui apa itu plagiarism, minta mereka berlatih memasukkan maklumat yang mereka pelajari dari teks menggunakan ayat atau perkataan mereka sendiri. Dimana mereka meringkaskan dan mengambil isi-isi penting di dalam teks yang dberikan.

 

Berikut merupakan proses untuk mengajar:

  1. Pilih bahagian teks 1-2 perenggan. Minta pelajar baca beberapa kali untuk memastikan mereka memahaminya.
  2. Minta pelajar terbalikkan kertas mereka, kemudian fikirkan sejenak mengenai apa yang dinyatakan dalam bahagian itu.
  3. Seterusnya minta pelajar berpasangan atau berkumpulan dan terangkan apa yang mereka fahami dari perenggan itu dengan menggunakan ayat sendiri.
  4. Pelajar harus menulis beberapa ayat yang mengrakum maklumat tesebut tanpa melihat sumber asalnya.
  5. Setelah menulis ringkasan, periksa sumber asal untuk memastikan ringkasan mereka betul dengan menggunakan isi penting yang betul.
  6. Akhir sekali, pastikan pelajar memberi penghargaan kepada sumber maklumat tersebut seperti “Menurut …” , “Dalam artikelnya, … mengatakan …” dan sebagainya.

 

Latihan 3: Merangkakan

Masa yang diperlukan: 20-30 minit

 

Apabila pelajar membuat ayat, pastikan merekamenggunakan idea yang lebih spesifik dari satu pengarang dan menggunakan bahasa yang serupa tanpa mengubah maksudnya.

  1. Baca bahagian teks.
  2. Berikan idea tertentu dan tunjukkan kepada mereka cara mmengertinya dan memberi penghargaan kepada pengarang. Tunjukkan kepada pelajar beberapa jenis contoh permulaan ayat untuk membuat ayat mereka sendiri. (“Menurut …”, “Dalam artikelnya, … mengatakan …” dan sebagainya)
  3. Minta pelajar mempraktikkan kemahiran yang sama dengan petikan yang berbeza, periksa kerja mereka dan kemudian mengulangkaji di dalam kelas.

 

Latihan 4: Gunakan Petikan Langsung

Masa yang diperlukan: 20-30 minit

 

Peringkat seterusnya menggunakan beberapa perkataan yang diambil terus dari sumber. Ini membantu pelajar memahami bahawa ia dibenarkan untuk menyalin ayat orang lain sekiranya memberikan kredit kepada mereka.

 

Latihan 5: Menggunakan Gaya Petikan Formal

Masa yang diperlukan: 30-40 minit

 

  1. Di peringkat university, pelajar akan menggunakan gaya petikan formal (seperti APA) semasa menulis kertas kerja.
  2. Berikan beberapa contoh kepada pelajar untuk digunakan sebagai sumber latihan.
  3. Mulakan dengan senarai rujukan di penghujung buku. Dengan cara ini banyak pelajar sudah biasa dengan konsep bibliografi.
  4. Apabila mereka mempunai asas-asasnya, berikan beberapa sumber lain kepada mereka seperti buku dan artikel dalam talian. Minta mereka membuat senarai rujukan, dan kemudian membuar teks petikan setiap satu.
  5. Seterusnya minta pelajar membuat sedikit kajian dan menulis karangan mereka sendiri dengan senarai rujukan dan petikan dalam teks.

 

Tag Plagarisme Cara

Prior knowledge

1.  Bagaimana anda mengatasi pelajar yang melakukan plagarisme?
Reflection

1.  Senaraikan lima (5) latihan untuk mengurangkan plagarisme dalam kalangan pelajar.
Loading...
Load lesson