Konsep Hari Dalam Budaya Iban 
			Sekolah – sekolah di kawasan pedalaman Sarawak menawarkan mata pelajaran bahasa Iban kepada murid – muridnya. Bahasa Iban diajarkan sebagai salah satu bahasa pilihan biarpun di sekolah – sekolah tersebut terdapat murid bukan Iban seperti Bidayuh, Kayan, Punan, Penan dan lain – lain. Konsep hari dalam budaya Iban disebut seperti berikut: 
			 
			
				
					
						
						Bahasa Melayu 
						 
						
						Bahasa Iban  
						 
					 
					
						
						Isnin 
						 
						
						Hari satu 
						 
					 
					
						
						Selasa  
						 
						
						Hari dua 
						 
					 
					
						
						Rabu  
						 
						
						Hari tiga 
						 
					 
					
						
						Khamis  
						 
						
						Hari empat 
						 
					 
					
						
						Jumaat 
						 
						
						Hari lima
						 
					 
					
						
						Sabtu  
						 
						
						Hari enam
						 
					 
					
						
						Ahad 
						 
						
						Hari minggu 
						 
					 
					
						  
						  
					 
				 
			
			
				
					
						Rajah 1: Padanan bahasa Melayu kepada bahasa Iban 
					 
				 
			
			 
			Konsep hari dalam budaya Iban boleh diadaptasi dan diintegrasikan ke dalam Matematik untuk mencari tempoh  masa melibatkan hari. 
			 
			
				
					
						
						Bahasa Melayu 
						 
						
						Bahasa Iban  
						 
						
						Nombor 
						 
					 
					
						
						Isnin 
						 
						
						Hari satu 
						 
						
						1
						 
					 
					
						
						Selasa  
						 
						
						Hari dua 
						 
						
						2
						 
					 
					
						
						Rabu  
						 
						
						Hari tiga 
						 
						
						3
						 
					 
					
						
						Khamis  
						 
						
						Hari empat 
						 
						
						4
						 
					 
					
						
						Jumaat 
						 
						
						Hari lima
						 
						
						5
						 
					 
					
						
						Sabtu  
						 
						
						Hari enam
						 
						
						6
						 
					 
					
						
						Ahad 
						 
						
						Hari minggu 
						 
						
						7
						 
					 
					
						  
						  
						  
					 
				 
			
			
				
					
						Rajah 2: Padanan bahasa Melayu kepada bahasa Iban kepada nombor 
					 
				 
			
			 
			Antara contoh situasi ialah:
			 
			
			
				
					
						Rajah 3: Beberapa contoh soalan penyelesaian masalah harian 
					 
				 
			
			 
			Di sini dikongsikan kaedah yang boleh membantu murid untuk mencari tempoh masa melibatkan hari dengan konsep hari dalam budaya Iban. 
			 
			Mencari Tempoh Masa Melibatkan Hari Dengan Kondep Hari Dalam Budaya Iban 
			1. Dalam minggu yang sama 
			
				
					
						
						 
						
						Rajah 4: Situasi 1
						 
					 
				 
			
			 
			
				Bantu murid untuk kenal pasti masa mula dan masa tamat. Dalam Situasi 1, masa mula adalah hari Isnin manakala masa tamat adalah hari Jumaat.  
				Padanan hari bahasa Melayu ke bahasa Iban untuk hari Isnin ialah hari satu (1) manakala hari Jumaat adalah hari lima (5).  
				Untuk mencari tempoh masa, tolak masa tamat dengan masa mula. Jadi hari lima tolak hari satu (5 – 1).  
				Ingatkan murid bahawa mereka perlu tambah 1 bagi setiap pengiraan tempoh masa melibatkan hari. Jadi,  5 – 1 + 1. Kalang keluar ke bandar Miri selama 5 hari. 
			 
			 
			2. Melibatkan dua minggu berbeza 
			
				
					
						
						 
						
						Rajah 5: Situasi 2
						 
					 
				 
			
			 
			
				Bantu murid untuk kenal pasti masa mula dan masa tamat. Dalam Situasi 2, masa mula adalah hari Jumaat manakala masa tamat adalah hari Selasa minggu berikutnya.  
				Padanan hari bahasa Melayu ke bahasa Iban untuk hari Jumaat ialah hari lima (5) manakala hari Selasa adalah hari dua (2).  
				Memandangkan masa tamat adalah pada minggu berikutnya, tambahkan 7 pada masa tamat. Jadi, 2 + 7 = 9.  
				Untuk mencari tempoh masa, tolak masa tamat dengan masa mula. Jadi hari dua (9) tolak hari lima (5). 
				Ingatkan murid bahawa mereka perlu tambah 1 bagi setiap pengiraan tempoh masa melibatkan hari. Jadi,  9 – 5 + 1. Atik menghadiri seminar keusahawanan di Kuching selama 5 hari. 
			 
			 
		 
	 
 
                                
                                Tag 
                                                                            Sekolah Rendah  
                                                                            Masa  
                                                                            Waktu  
                                                                    
                                                                    
                                        Prior knowledge
                                     
                                     
                                                                                                                
                                            
                                                
                                                    1.  
                                                    Bagaimana anda memudahkan murid anda yang berketurunan Iban memahami tempoh masa melibatkah hari?
                                                 
                                            
                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                         
                                                                
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                         
                                                                            
                                            
                                                
                                                    2.  
                                                    Apakah kaedah yang paling sesuai untuk membimbing murid mencari tempoh masa melibatkan hari?
                                                 
                                            
                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         
                                                                
                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                         
                                                                                                                                                                            
                                     
                                     
                                                                            
                                            1.  
                                            Hari minggu dalam bahasa Iban merujuk kepada hari?
                                         
                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
                                        Reflection
                                     
                                     
                                                                                                                
                                            
                                                
                                                    1.  
                                                    Huraikan secara ringkas bagaimana konsep hari dalam bahasa Iban dapat digunakan bagi membantu murid mencari tempoh masa melibatkan hari.