Melaporkan Penderaan Seksual Kanak – Kanak

Melaporkan Penderaan Seksual Kanak – Kanak

Share this post

Penderaan Seksual

Penderaan seksual kanak – kanak merujuk kepada tingkah laku eksploitasi kanak – kanak untuk kepuasan seksual seorang dewasa atau seseorang yang umurnya lebih tua daripada kanak – kanak tersebut (Women’s Centre for Change, 2018). Statistik polis pada tahun 2013 menunjukkan bahawa kumpulan terbesar yang melakukan sumbang mahram terhadap kanak – kanak ialah bapa kandung, diikuti oleh bapa tiri, abang, bapa saudara, sepupu, dan datuk. Pendera kebiasaannya lelaki manakala mangsa pula adalah kanak – kanak perempuan. Pun begitu, terdapat juga kes – kes yang mana pendera adalah lelaki manakala mangsa adalah kanak – kanak lelaki.

95% daripada pesalah seksual adalah dikenali oleh kanak – kanak. Manakala hanya 5% daripada mereka ialah orang yang tidak dikenali (Kerajaan Negeri Pulau Pinang, 2019). 

 

Tindakan Awal Setelah Mengetahui Kanak-Kanak Didera Secara Seksual

Jika guru kelas atau guru mata pelajaran mengesyaki bahawa seseorang murid itu mengalami penderaan seksual, sila jaga privasi murid dan jangan hebahkan kepada guru – guru lain, murid – murid lain mahupun ibu bapa lain. Bawa kes ini kepada guru bimbingan dan kaunseling dan pihak pentadbiran sekolah. Guru bimbingan dan kaunseling serta pihak pentadbiran sekolah akan melaporkan kes ini kepada pihak – pihak yang berkenaan. Tahukah anda, 1 daripada 3 orang dewasa tidak akan mempercayai jika seorang kanak – kanak memberitahu bahawa mereka telah menghadapi gangguan seksual (Kerajaan Negeri Pulau Pinang, 2019). 

 

Cara Melaporkan Penderaan Seksual Kanak-Kanak

Pihak sekolah akan membawa kes ini ke salah satu agensi kerajaan seperti Hospital Kerajaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pihak polis. Laporan olis boleh dibuat di mana – mana balai polis walaupun tempat kejadian itu tidak berada dalam kawasan balai polis itu. Pihak sekolah perlu memberikan maklumat – maklumat seperti:- 

APA – Apakah yang berlaku? 

BILA – Bilakah ia berlaku? 

MANA – Di manakah perkara ini berlaku? Nyatakan lokasi, nama bandar, pekan, kampung, jalan, nombor rumah. 

SIAPA – Siapakah yang terlibat? Bimbing murid untuk menyatakan identiti orang yang disyaki atau saksi yang terlibat. 

BAGAIMANA – Bagaimana perkara ini berlaku? 

KESAN – Kelukaan, perasaan, dan emosi yang dialami oleh murid tersebut. 

 

Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

  • Jika laporan dibuat kepada JKM, Pegawai Pelindung Kanak-Kanak akan membawa kanak-kanak tersebut ke hospital dengan segera atau mengarahkan ibu bapa atau penjaga kanak – kanak tersebut berbuat demikian. 
  • Di hospital, pemeriksaan akan dijalankan untuk mengesahkan laporan penderaan seksual yang telah berlaku. 
  • Jika pegawai perubatan (pihak hospital) mengesahkan bahawa kanak – kanak didera secara seksual, laporan polis akan dibuat oleh Pegawai Pelindung Kanak – Kanak dari JKM, atau oleh ibu bapa atau pihak hospital. 
  • Pegawai Pelindung Kanak – Kanak akan menjalankan penyiasatan ke atas kes tersebut. Kesemua individu yang berkait dengan kes penderaan seksual ini akan dipanggil untuk ditemu ramah. Contohnya ibu bapa, saudara mara, guru – guru dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan situasi tersebut. 
  • Jika Pegawai Pelindung Kanak – Kanak mendapati bahawa keadaan di rumah kanak – kanak tersebut tidak selamat, sebagai contoh pendera tinggal bersama – sama kanak – kanak tersebut, pegawai akan memohon kepada majistret di Mahkamah Kanak – Kanak untuk menempatkan kanak – kanak tersebut di tempat yang lebih selamat seperti rumah saudara mara atau di rumah – rumah kebajikan sebagai jaminan keselamatan. 
  • Dari semasa ke semasa, Pegawai Pelindung Kanak – Kanak melalui arahan Majistret akan melawat kanak – kanak tersebut untuk memastikan keselamatan kesihatan dan kesejahteraan kanak – kanak tersebut. 

 

Tag Sekolah Rendah

Prior knowledge

1.  Setelah mengenal pasti tanda – tanda bahawa murid anda mungkin mengalami penderaan seksual, apakah yang perlu anda lakukan?
2.  Nyatakan agensi kerajaan di mana pihak sekolah boleh melaporkan kes – kes penderaan seksual kanak - kanak?

1. 

Adakah guru kelas dibenarkan untuk membuat laporan polis tanpa pengetahuan pihak sekolah?

Reflection

1.  Nyatakan peranan Pegawai Pelindung Kanak – Kanak (Child Protector) di Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Loading...
Load lesson