Jenis-Jenis Alat Penimbang 
			Alat penimbang merupakan salah satu alat pengukuran yang digunakan dalam pembelajaran topik jisim. Terdapat pelbagai jenis alat penimbang yang terdapat di pasaran dan yang dibekalkan di sekolah – sekolah untuk tujuan PdPc. Misalnya alat penimbang 1 kg, alat penimbang 5 kg, dan alat penimbang 10 kg. setiap jenis neraca ini mempunyai bacaan senggatan yang berbeza. Oleh sebab itu, murid sering kali terkeliru antara satu sama lain. Untuk itu, murid perlu dibimbing dengan cara membaca alat penimbang yang sesuai dan berkesan agar mereka dapat membaca apa jua jenis alat penimbang.  
			 
			Melukis ‘Lompat’ Untuk Membaca Alat Penimbang 
			Guru boleh memperkenalkan kaedah ‘lompat’ dalam membaca alat penimbang yang mana murid dibimbing untuk mencari nilai unitari satu senggatan bagi alat penimbang. 
			 
			
				
					
						
						
						Rajah 1: Alat penimbang 5kg    
						 
					 
				 
			
			 
			Bilangan senggatan dari 0 ke 1 bagi alat penimbang 5 kg dalam Rajah 1 tidak sama dengan bilangan senggatan dari 0 ke 1 bagi alat penimbang 5 kg dalam Rajah 2. Justeru itu, jika murid dibimbing dengan kaedah ‘lompat’ untuk mencari nilai satu senggatan.
			 
			
				
					
						
						
						Rajah 2: Alat penimbang 5kg dengan bilangan senggatan berbeza 
						 
					 
				 
			
			 
			Bimbing murid untuk melukis ‘lompatan’ dari satu senggatan ke satu senggatan dari nilai 0 ke 1. Dalam Rajah 1, bilangan ‘lompatan’ adalah sepuluh manakala bilangan ‘lompatan’ bagi Rajah 2 adalah empat. Bahagikan 1 kg kepada bilangan lompatan. Misalnya untuk Rajah 2, bahagikan 1 kg dengan empat. Hasil bahagi merupakan nilai untuk satu senggatan.
			 
			
				
					
						 
						 
						 
						Rajah 3: Membaca bacaan alat penimbang dalam Rajah 2
						 
					 
				 
			
			 
			Dengan melukis ‘lompatan’, murid akan dapat mencari nilai untuk satu senggatan dan seterusnya dapat mencari bacaan jarum alat penimbang.
			 
		 
	 
 
                                
                                Tag 
                                                                            Sekolah Rendah  
                                                                            Jisim  
                                                                    
                                                                    
                                        Prior knowledge
                                     
                                     
                                                                                                                
                                            
                                                
                                                    1.  
                                                    Adakah murid – murid sering mengalami masalah untuk membaca alat penimbang? 
                                                 
                                            
                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                         
                                                                
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                         
                                                                            
                                            
                                                
                                                    2.  
                                                    Bagaimanakah murid kebiasaannya membaca alat penimbang?
                                                 
                                            
                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         
                                                                
                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                         
                                                                                                                                                                            
                                     
                                     
                                                                            
                                            1.  
                                            Apakah yang perlu dilakukan oleh murid setelah melukis ‘lompatan’ pada setiap senggatan?
                                         
                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
                                        Reflection
                                     
                                     
                                                                                                                
                                            
                                                
                                                    1.  
                                                    Adakah dengan melukis ‘lompatan’ ini akan dapat membantu murid untuk mencari nilai bacaan alat penimbang?