Konsep 5P Dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Bahasa Melayu (BM) Sekolah Rendah

Konsep 5P Dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Bahasa Melayu (BM) Sekolah Rendah

Share this post

PENGENALAN

Konsep 5P ialah konsep asas yang dilaksanakan dalam proses PdP.

Konsep ini mengandungi penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan pentaksiran (penilaian).  Selain daripada bidang pengetahuan, bidang kemahiran atau bahan, konsep ini perlu dilaksanakan secara bersepadu dan tidak secara berasingan. Konsep ini juga diguna pakai dalam semua mata pelajaran dan hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu sperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Berikut ialah penerangan mengenai konsep 5P.

 

1. PENGGABUNGJALINAN

Penggabungjalinan ialah satu aspek yang terdapat dalam proses PdP . Bidang-bidang seperti ilmu, kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik perlu disampaikan secara bersepadu. Strategi ini bertujuan untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, proses PdP akan menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid akan lebih bermakna.

Penggabungjalinan adalah penting dalam proses PdP. Tujuannya ialah:

  1. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.
  2. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.
  3. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.
  4. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar
 

PRINSIP-PRINSIP PENGGABUNGJALINAN

Terdapat beberapa prinsip pengabungjalinan yang perlu diambil kira iaitu:

  1. Fleksibel, mudah ubah serta bergantung kepada matlamat dan objektif pembelajaran yang hendak dicapai.
  2. Guru perlu tahu jenis dan berapa kemahiran yang hendakdigabungjalinkan dalam PdP.
  3. Kemahiran yang dipilih hendaklah berfokus dan hendaklah dirancang dengan baik dan
  4. Berdasarkan kebolehan serta pencapaian murid.

 

BENTUK-BENTUK PENGGABUNGJALINAN

Penggabungjalinan mempunyai tiga aspek iaitu:

  1. Penggabungjalinan kemahiran
  2. Penggabungjalinan bahan
  3. Penggabungjalinan aktiviti.

 

A. PENGGABUNGJALINAN KEMAHIRAN

Penggabungjalinan kemahiran boleh digabungjalinkan dengan sekurang-sekurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian pembelajaran. Penggabungjalinan boleh merangkumi aktiviti-aktiviti dari segi aspek lisan, bacaan dan kefahaman serta tulisan. Aktiviti-aktiviti seperti perbualan, perbincangan, bertemu ramah, berbahas, bercerita, lakonan, memahami isi-isi penting dalam teks, membina ayat, memberi ulasan dan menulis laporan boleh digunakan dalam kemahiran penggabungjalinan semasa PdP BM dilaksanakan.

 

B. PENGGABUNGJALINAN AKTIVITI

Penggabungjalinan aktiviti boleh dilaksanakan dalam PdP BM setelah guru merancang berdasarkan aktiviti yang hendak dilaksanakannya. Kebiasaannya, aktiviti-aktiviti yang dirancang perlu digabungjalinkan dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik. Contohnya, jika aktiviti ceramah mesti diikuti dengan aktiviti mencatat isi, jika aktiviti bercerita mesti diikuti dengan aktiviti berbincang and menulis karangan serta jika aktiviti membaca mesti diikuti dengan aktiviti mencari isi penting dan diikuti dengan mengulas dan menulis rumusan. 

 

C.  PENGGABUNGJALINAN BAHAN

Penggabungjalinan bahan biasanya berfokus kepada bahan atau tema PdP.  Bahan  boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan.Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan

pengalaman, dan  tahap pencapaian murid. Antara bahan yang boleh digabungjalinkan adalah seperti berikut:

  • Bahan-Bahan utama (Petikan)
  • Bahan sokongan (Bahan rangsangan)
  • Bahan  lisan (Rakaman) 

Bahan-bahan tersebut boleh digabungjalinkan mengikut keperluan masa yang ditetapkan dan mempunyai pertalian dan urutan yang baik. 

Contohnya:  Bahan Berita diikuti dengan ulasan manakala bahan iklan diikuti dengan surat permohonan, temu duga dan surat jawapan temu duga.

 

CONTOH PENGGABUNGJALINAN DALAM PdP BAHASA MELAYU

 

Tajuk pelajaran : JASA AYAH

Langkah 1

Murid membaca sajak bertajuk “jasa ayah”.(kemahiran membaca)

Langkah II

Murid bercerita tentang jasa ayah mereka.(kemahiran lisan)

Langkah III

Murid berbincang dalam kumpulan tentang bagaiman membalas jasa ayah dan membuat pembentangan.(kemahiran lisan)

Langkah IV

Murid menulis ayat-ayat tentang  keistimewaan  ayah mereka ( kemahiran menulis)

Langkah V

Murid mencipta kad  Hari Bapa dan mewarnakannya. (Kemahiran Seni Visual)

Penutup

Murid menyanyi lagu ayah (contoh: Bapaku Pulang) dan melakukan pergerakan.(kemahian muzik)

 

1. PENYERAPAN

Penyerapan merupakan proses menyatu padukan pengetahuan atau unsure pengetahuan daripada  satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.

Sebagai contoh, unsur ilmu, nilai, dan  kemahiran yang mempunyai nilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan dalam pengajaran BM.

 

CONTOH AKTIVITI PENYERAPAN DALAM PENGAJARAN BM

Tahun : 4

Tema: Keluargaku Sayang

Tajuk: Keluarga Bahagia

Kemahiran: Membina dan` menulis ayat tunggal serta ayat majmuk

dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Contoh aktiviti :

Menulis ayat tunggal

Menulis ayat majmuk

Melukis gambar aktiviti keluarga (Penyerapan Pendidikan Seni Visual)

 Menyenaraikan sifat-sifat anak yang baik ( Penyerapan Agama Islam / Moral)

 

2. PENGAYAAN

Pengayaan ialah aktiviti pembelajaran yang menarik untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti dan semangat kepimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid dari pelbagai kebolehan. Aktiviti pengayaan berlainan dengan aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Murid diberikan aktiviti pengayaan setelah mereka berupaya menyiapkan tugasan dan berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Tujuannya ialah untuk meluaskan  pengetahuan dan pengalaman selari dengan minat dan kebolehan mereka.

 

3. PEMULIHAN

Pemulihan dihubungkaitkan dengan murid-murid yang belum menguasai kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira (3M). Pengajaran pemulihan  merupakan pengajaran berbentuk intervensi yang dilaksanakan bagi memulihkan murid bermasalah tersebut.  Tujuannya agar jurang perbezaan menguasai sesuatu kemahiran antara seorang murid dan murid lain tidak berlaku. Guru BM yang sama akan melaksanakan aktiviti pemulihan dengan murid-murid tersebut di dalam kelas aliran perdana yang diajarnya. 

 

4. PENTAKSIRAN / PENILAIAN

Pentaksiran / penilaian merupakan suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan seterusnya dalam membuat keputusan. Sebagai rumusannya, pentaksiran / penilaian merupakan satu proses atau aktiviti berterusan yang sistematik untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan  pembelajaran BM  Pentaksiran atau penilaian yang dilaksanakan untuk mata pelajaran BM ialah untuk  menaksir, mengukur, dan  membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif pembelajaran.

 

Aktiviti Penilaian Bahasa

Terdapat dua jenis penilaian yang boleh dilaksanakan untuk menilai kemahiran bahasa iaitu:

 

1. Portfolio atau Projek

Portfolio atau projek ialah satu kaedah yang digunakan untuk guru mengumpul dan merekod evidens berdasarkan hasil pencapaian murid dalam satu jangka masa yang ditetapkan oleh guru dan murid. Penilaian untuk portfolio atau projek boleh dilaksanakan melalui pemerhatian.

 

Contohnya:  Penilaian kemahiran mengeja untuk aktiviti EJAAN.  Guru  menilai perkembangan murid dalam kemahiran mengeja. Penilaian kemahiran ini merangkumi aspek penguasaian kemahiran, ilmu pengetahuan dan kefahaman murid.  Caranya adalah seperti berikut. Penilaian murid dalam aktiviti EJAAN perlu ditaksir melalui keupayaan mereka untuk:  

  • mengenal huruf,
  • menyebut bunyi huruf, 
  • membentuk suku kata,
  • mencantum suku kata dengan bimbingan guru, dan,
  • berdikari mengeja perkataan-perkataan.

Guru perlu merekod hasil penilaian yang dilaksanakan berdasarkan evidens yang dilihat dan diperoleh melalui inferens iaitu berdasarkan kemampuan murid mengeja perkataan yang diberi.

 

2. Penilaian Berterusan 

Proses penilaian berterusan perlu dilaksanakan melalui pemerhatian iaitu berdasarkan kualiti pemerhatian, jenis-jenis pemerhatian dan bentuk perancangan. Contoh proses pentaksiran yang boleh dilaksanakan ialah  murid menjawab lembaran kerja, menjawab soalan guru secara lisan dan aktiviti pembentangan. Guru perlu mencatat atau merekod evidens murid berdasarkan pemerhatian secara langsung semasa mereka melaksanakan aktiviti sama ada dalan kumpulan mahupun individu.

 

KESIMPULAN 

Secara keseluruhannya, konsep5P memainkan peranan penting dalam proses PdP. Beberapa kemahiran dapat dikuasai secara serentak semasa konsep ini dilaksanakan dalam PdP. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan murid rasa bosan dalam proses pembelajaran.

 

Disklaimer: Hasil penulisan ini ialah berbentuk umum dan hanya sekadar perkongsian serta bacaan.


 

 

 

Rujukan: 

Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah https://www.academia.edu

 

 

Tag

Reflection

Bagaimana anda melaksanakan konsep 5P dalam PdP anda?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Senaraikan konsep 5P yang anda ketahui?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Berapakah aspek yang terdapat dalam Konsep 5P seperti yang dikongsikan ini?

Huraikan secara ringkas bagaimana konsep 5P perlu dilaksanakan dalam PdP anda seperti yang telah dikongsikan.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson