Kelebihan dan Kekurangan Penggunaan Filem di dalam Kelas

Kelebihan dan Kekurangan Penggunaan Filem di dalam Kelas

Share this post

 

Menayangkan filem di dalam kelas dapat menarik perhatian pelajar, tetapi bukan perhatian sahaja yang menjadi sebab penggunaan filem ini. Guru perlu memahami penggunaan filem secara berkesan kepada semua peringkat pelajar. Sebelum merancang penggunaan filem di dalam kelas, guru perlu membuat semakan sama ada polisi sekolah membenarkan atau tidak penggunaan filem tersebut.

 

 

POLISI SEKOLAH

 

Pada masa ini filem yang diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem dikelaskan kepada tiga kategori iaitu U, P13 dan 18. Penjelasannya adalah seperti berikut:

 

U

 

-  Kategori ini untuk tontonan semua lapisan masyarakat tanpa had umur. Filem memaparkan nilai-nilai murni, kesopanan dan memberi pengajaran positif serta menghiburkan.

 

P13

 

- Penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton. Filem mengandungi unsur seram, menakutkan, adegan atau aksi negatif, unsur suspen dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan; jalan cerita yang sukar difahami dan unsur yang boleh mengganggu emosi kanak-kanak.

 

18

 

- Kategori ini untuk penonton yang berumur 18 tahun dan ke atas. Filem mengandungi unsur seram, ngeri serta ganas tetapi tidak keterlaluan; adegan kedewasaan yang tidak keterlaluan dan aspek sosial politik serta agama yang sensitif yang memerlukan tahap kematangan tinggi untuk memahaminya.

 

Selepas menyemak polisi filem, guru bolehlah mereka sumber yang bersesuaian untuk menentukan bagaimana filem boleh dimuatkan dalam pelan pembelajaran.

 

 

SUMBER

 

Terdapat banyak laman sesawang yang membantu guru mereka pelan pembelajaran berkesan dengan penggunaan filem ini. Guru juga boleh menggunakan hanya babak-babak tertentu sahaja tanpa menayangkan keseluruhan filem. Pemilihan 10 minit babak terbaik sudah mencukupi untuk menjana perbincangan yang menarik.

 

 

KELEBIHAN PENGGUNAAN FILEM DI DALAM KELAS

 

  1. Filem dapat menerangkan pembelajaran di sebalik buku teks. Kadang kala, filem dapat membantu pelajar untuk merasai sesuatu zaman atau peristiwa. Contohnya, sekiranya anda merupakan guru STEM, anda pasti ingin menayangkan filem “Hidden Figures” yang menayangkan sorotan seorang perempuan menyertai program angkasa pada tahun 1960-an.

 

  1. Filem boleh digunakan sebagai persediaan mengajar atau membina minat pelajar. Dengan menambah filem, anda dapat menambahkan minat pelajar tentang sesuatu topik yang mereka pelajari selain merehatkan pelajar daripada aktiviti kebiasaan dalam kelas.

 

  1. Filem juga boleh menambahkan cara pengajaran yang berkesan. Dengan membentangkan informasi dalam cara berlainan dapat membantu pelajar memahami topik dengan lebih mendalam. Contohnya, dengan menonton filem Leftenan Adnan dapat membantu pelajar memahami zaman yang dilalui sebelum kemerdekaan

 

  1. Filem boleh menyediakan detik mengajar yang berharga. Kadang-kala, filem meliputi detik yang melangkaui apa yang anda ingin ajarkan dan memetik topik penting. Contohnya, filem “Gandhi” menyediakan maklumat yang membantu pelajar membincangkan tentang agama, imperialisme, protes tanpa kekerasan, kebebasan peribadi, hak dan tanggungjawab jantina, India sebagai sebuah negara dan sebagainya.

 

  1. Filem boleh diaturkan pada hari yang kebanyakan pelajar tidak akan fokus. Pasti ada satu hari yang akan mengganggu konsentrasi pelajar, terutamanya pada hari sukan sekolah, hari kantin ataupun cuti panjang yang akan dilalui tidak lama lagi. Ini merupakan waktu terbaik untuk menayangkan filem yang berkaitan dengan topik anda ajarkan.

 

 

KEKURANGAN PENGGUNAAN FILEM DI DALAM KELAS

 

1. Durasi filem yang terlalu panjang. Satu filem mengambil masa yang sangat panjang dan tidak sempat dihabiskan satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ianya menjadi sangat sukar untuk meneruskan di kelas yang lain dan berhenti pada babak tertentu dalam filem.

 

2. Kemungkinan hanya sedikit babak dalam filem yang mempunyai kaitan dengan pelajaran yang terdapat daripada keseluruhan filem. Selain itu, hanya beberapa babak sahaja yang bersesuaian untuk digunakan. Dalam kes ini, adalah terbaik untuk menunjukkan babak penting yang mempunyai kaitan dengan pelajaran sahaja.

 

3. Filem yang ditayangkan tidak semestinya tepat dan berkaitan dengan apa yang anda ajari. Filem kebanyakannya dimainkan dengan mengaitkan fakta sejarah untuk menjadikannya filem terbaik. Oleh itu, adalah penting untuk menunjukkan fakta sejarah yang penting supaya pelajar faham bahawa fakta itu adalah benar.

 

4.Terdapat persepsi yang menyatakan bahawa menayangkan filem merupakan cara mengajar yang tidak berkesan. Anda perlu memastikan filem yang ditayangkan mempunyai kaitan terlebih dahulu sebelum menggunakannya sebagai bahan mengajar. Jika tidak, penggunaan filem menjadi sia-sia.

 

5. Ibu bapa kemungkinan besar akan melarang penggunaan filem dalam kelas ini. Ini kerana mereka tidak pasti akan keberkesanan penggunaan filem ini. Jika perkara sebegini terjadi, terangkan kepada mereka tentang kebaikan penggunaan filem dan kaitannya dengan topik yang anda ingin ajarkan.

 

 

Rujukan

11 Pros and Cons of Using Movies in Class

 

Tag Kelebihan Filem Kekurangan

Prior knowledge

1.  Mengapakah sesetengah guru menggunakan filem sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas?

1. 

Yang manakah antara berikut merupakan kekurangan penggunaan filem di dalam kelas?

Reflection

1.  Berikan satu (1) contoh Filem yang mempunyai kaitan dengan topik anda ajari?
Loading...
Load lesson